TIP ELAK BAYI TERSEDAK SUSU
Sejak akhir-akhir ini banyak kes
kematian bayi akibat tersedak susu, boleh dikatakan setiap bulan ada saja kes
sebegini dilaporkan. Bayi hanya insan yang kecil tidak mengenali apa-apa lagi
perbuatan manusia ,tidak mampu untuk mengalihkan botol susu tersebut hanyalah
mengharapkan insan-insan disekeliling menjaganya..
Apabila terjadinya kejadian seperti itu sudah tentu sekali ibu bapa tersebut berasa amat sesal kerana kecuaian mereka atau pengasuh yang tidak ambil berat tentang keselamatan bayi tersebut.
Sebab-sebab bayi tersedak susu
1) Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.

2) Lubang puting botol yang terlalu
besar juga boleh menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi
tertidur.
3) Tabiat ibu bapa meletakkan bantal
atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan adalah
salah dan berbahaya.
4) Kedudukan bayi ketika minum susu
yang salah
Cara yang Betul memberi minum susu kepada
bayi
a) Ketika menyusu tidak kira susu botol atau
susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan
perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga
60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
b) Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi (Belilah mengikut kesesuaian umur anak).
c) Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
d) Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
e) Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

Usaplah belakang bayi dengan lembut....
Cara Rawatan
jikalau Bayi Tersedak susu
~ Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan
beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran
pernafasannya keluar.
~ Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar, dalam keadaan
duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman
tangan secara perlahan
~ Selain menekan
bahagian perut bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada
beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas
semula.
Semoga dengan adanya
tips ini kita tidak akan panik dan boleh mengatasi masalah bayi tersedak, bukan
hanya untuk ibu bapa tapi untuk semua jikalau berlaku pada bayi yang lain dan
kita ada ditempat kejadian kita boleh membantu menolong bayi tersebut, ingatlah
bayi adalah anugerah Allah SWT yang amat bernilai dan berharga, kasihi mereka
dengan memberi kasih sayang yang sempurna.

.jpg)
.jpg)
.jpg)

0 comments :
Post a Comment