Saturday, 28 December 2013

Perkembangan Motor Bayi

Posted by Unknown at 17:41
 PERKEMBANGAN MOTOR BAYI


Pada masa bayi baru lahir ia tidak berupaya untuk memegang satu-satu benda tetapi dapat menyentuhnya sahaja. Apabila ia berumur 3 hingga 4 bulan, bayi boleh menampar benda-benda yang ditunjukkan kepadanya tetapi masih tidak boleh menggenggam benda tersebut. Mereka dapat menggenggam tangan sama ada secara cepat atau lambat (Bower, 1982). Tambahan pula, mereka masih belum mempunyai koordinasi mata-tangan. Perkembangan motor bayi pula boleh dibahagikan kepada 2 kategori umum.

1) Perkembangan postural yang melibatkan kawalan badan dan koordinasi tangan dan kaki untuk bergerak.
2) Perkembangan prehension iaitu kebolehan yang menggunakan tangan untuk makan, pegang sesuatu benda dan sebagainya.

Perolehan kemahiran-kemahiran motor ini membolehkan bayi bergerak balas mengikut persekitaran dan lebih bebas untuk bergerak. Perkembangan motor bayi dapat dipelajari melalui penerokaan terhadap pelbagai tingkah laku bayi seperti gerakan refleks, tingkah laku berirama atau rhythmic behavior, motor kasar dan motor halus. Perkembangan kemahiran-kemahiran motor ini adalah saling berkait dan tidak berlaku secara terpisah antara satu sama lain.

· Gerakan refleks
Gerakan refleks merupakan pergerakan yang dapat dilihat sejak bayi d
ilahirkan. Gerakan refleks bersifat automatik, tidak dapat dikawal dan wujud sebagai tindak balas bayi terhadap rangsangan yang terdapat di persekitaran. Melalui gerakan refleks inilah bayi membina tindak balas penyesuaian terhadap persekitaran sebelum berlakunya proses pembelajaran secara sedar. Gerakan refleks juga dikatakan mempunyai nilai survival iaitu sejenis kemahiran yang bersifat semula jadi untuk membantu bayi meneruskan kehidupan.

Jenis gerakan refleks di kalangan bayi:
1) Tingkah laku menghisap
Menghisap merupakan salah satu jenis kemahiran yang dibekalkan sejak lahir bagi bayi dan amat penting bagi bayi untuk mendapatkan zat makanan sebelum ia dapat mengambil makanan jenis pepejal. Selain susu dan air, bayi yang baru lahir menghisap apa sahaja objek yang diletakkan di mulut. Gerakan pantulan ini akan hilang apabila bayi semakin membesar iaitu berusia 3 atau 4 bulan.

2) Refleks mengesan punca (rooting reflex)

Refleks mengesan punca merupakan reaksi bayi sejak lahir yang ditunjukkan apabila pipi atau kawasan tepi mulut bayi disentuh oleh objek. Bayi akan memaling ke arah tempat yang disentuh untuk mendapatkan objek untuk dihisap.

3) Refleks moro
Bayi didapati sering melakukan pergerakan menyentak atau strartle sebagai reaksi kepada bunyi atau pergerakan yang kuat. Bayi akan melengkungkan badannya dan mengarahkan tangan dan kakinya ke bahagian tengah badan. Pergerakan ini dikenali sebagai gerakan atau refleks moro.


4) Refleks menggenggam (grasping or palmar reflex)
Apabila tapak tangan bayi disentuh oleh objek, ia akan menggenggam objek tersebut dengan kuat. Selepas bayi mencapai usia 3 bulan tingkah laku ini akan hilang dan berkembang menjadi tingkah laku yang lebih kompleks dan bertujuan. Misalnya bayi akan menggenggam dengan sengaja apabila melihat sesuatu objek.

Tingkah laku refleks yang lain adalah seperti refleks berenang dan memijak. Sebahagian tingkah laku refleks ini akan hilang secara beransur-ansur apabila usia bayi semakin meningkat atau berkembang menjadi tindak balas yang sengaja yang lebih bertujuan, manakala tingkah laku refleks tertentu akan kekal sepanjang hayat. Tingkah laku refleks yang kekal adalah batuk, mengerdipkan mata, menguap, sentakan lutut dan bersin.

~ Tingkah laku berirama (rhythmic behavior)
Tingkah laku berirama seperti pergerakan anggota yang kerap ditunjukkan oleh bayi pada tahun pertama.
~ Kemahiran motor kasar
~ Kemahiran motor halus

Tip rangsangan: Ajak anak bermain permainan gambar sama. Ambil beberapa keping gambar dan buatkan dua salinan. Campurkan kesemuanya dan biarkan anak asingkan gambar yang sama. Cara ini mengasah kemahiran anak menyelesaikan masalah. Selamat Mencuba!







0 comments :

Post a Comment

 

Blog Baby Studio | Tips Kesihatan dan Keibubapaan | Produk Kanak-kanak Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting