Thursday, 2 January 2014

Rawat Derita Sakit Sendi Dengan Shaklee

Posted by Unknown at 16:09
DERITA SAKIT SENDI, APA YG PERLU ANDA TAHU DAN BERTINDAK SEGERA?

Kebiasaanya golongan tua yang dikaitkan mempunyai masalah sendi kesan dari proses penuaan, pemakanan yang tidak seimbang dan juga kurang bersenam sedari zaman muda lagi. Kini golongan muda semakin berisiko mengidap sakit sendi (Arthritis) ekoran pengabaian gaya hidup yang sihat.

Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis.

Osteoarthritis

Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
• Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
• Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
• Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan rawan.

Arthritis Reumatoid
• Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecacatan.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
• Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
• Kekakuan pada awal pagi.
• Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
• Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
• Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
• Kelemahan dan kepenatan.
• Demam bergred rendah.
• Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
• Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.

Jika doktor anda memberitahu bahawa anda mengalami arthritis, perkara-perkara yang berikut harus
Dilakukan:
• Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
• Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk meningkatkan kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda.
• Selang selikan rehat.
• Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding dengan doktor atau fisioterapis anda.
• Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian.

Gaya Hidup
• Senaman dan istirehat yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat
• Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukan sesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan bukannya menggunakan tangan sahaja.
• Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja.
• Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal. 
• Pengambilan suplimen adalah perlu untuk sokongan kepada nutrisi yang diperlukan. 
• Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan usaha yang minima.
• Sertai kumpulan sokongan artritis.
• Fikir secara positif dan ceria selalu.

Aktiviti Yg Perlu Dielakkan
• Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.
• Mengangkat objek berat.
• Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
• Memakai kasut yang tidak berpadanan.
• Membiarkan sakit mengganggu moral anda.

Apa yang saya boleh cadangkan kepada anda semua baik pesakit sendi mahupun bebas dari penyakit sendi, ialah konsisten terhadap penjagaan makanan yang berzat, seimbang dan dapat menyalurkan nutrisi yang diperlukan oleh sendi yang sihat. 

Sekiranya gaya hidup anda menyukarkan anda untuk memastikan pemakanan anda dijaga dengan baik, semestinya pilihan untuk mengambil suplimen adalah tindakan dan keputusan yang bijak. Kepada pesakit-pesakit Arthritis sudah pasti anda memahami penderitaan bagi setiap pergerakan anda yang semakin terbatas. Usaha dan ikhtiar mencari penawar di samping dapatkan nutrisi yang sepatutnya anda makan setiap hari untuk membantu mengurangkan masalah anda.

Set Kesihatan Sendi memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan. Set ini terdiri daripada ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (AJHT), OMEGA GUARD dan OSTEMATRIX (kalsium tablet lengkap dgn Vita D & Magnesium).

Untuk keterangan lanjut mengenai fungsi, kelebihan produk, dan juga perbezaan jenama Shaklee berbanding jenama suplimen lain, bolehlah berhubung dengan saya. 

Hubungi saya dgn kadar segera!!
SMS/Whatsapp 0137723220 (Pn Masliza)

Inshaallah kami akan segera menjawab pertanyaan dan memproses pesanan anda!

0 comments :

Post a Comment

 

Blog Baby Studio | Tips Kesihatan dan Keibubapaan | Produk Kanak-kanak Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting