Manfaat Air Kelapa Untuk Ibu Hamil
Orang tua-tua selalunyer
ader bermacam2 petua, salah satunya petua buat ibu-ibu yang hamil di luar sana.
Kata org2 yg berpengalaman nie kalau kita selalu amalkan minum air kelapa muda,
air ketuban akan lebih bersih dan bayi yg dilahirkan nanti akan mempunyai kulit
yg bersih dan sihat, rambut dan bening mata yg lebat.
Betul ker yea..???
Kebanyakan orang tua-tua mengesyorkan ibu yang
sudah genap sembilan bulan mengandung supaya mengamalkan minum air kelapa muda
agar mudah bersalin. Selain mudah bersalin, ia juga dikatakan membantu mencuci
kepala bayi waktu keluar dari vagina ibu.
Amalkan minum air kelapa satu gelas, dua hingga
tiga kali dalam masa seminggu apabila semakin hampir dengan tarikh bersalin.
Ada juga yang memberikan petua agar ibu hamil mengamalkan minum minyak kelapa
ketika kandungan berusia enam bulan ke atas. Sebaiknya minyak tersebut
hendaklah yang dibuat sendiri.
Tahukah para mommy di luar sana,,
dalam 100ml air kelapa muda mengandungi bahan mineral berikut :
* Potasium : 291
* Sodium : 42
* Klorin : 75
* Kalsium : 44
* Magnesium : 10
* Sulfur : 58
* Phosporus : 9.2
* Iron (mg/100gr) : 6
* Copper : 26
~ Air kelapa muda bersifat disteril secara
semulajadi & mempunyai unsur elektrolit yang tinggi.
~Amalan meminum air kelapa muda dapat membantu
memperbaiki tekanan darah & juga fungsi jantung.
ANTARA KHASIAT AIR KELAPA MUDA BAGI
IBU HAMIL :
1. MINUMAN ISOTONIK ALAMI
Minuman isotonik alami yang membantu
pengisian cairan & garam alami yang dilepaskan oleh tubuh. Air kelapa muda
kaya dengan mineral, ia membantu dalam proses rehidrasi badan & memulihkan
stamina tubuh. Ibu hamil memerlukan lebih air berbanding wanita biasa dalam kehidupan
seharian. Ibu hamil yang mengalami dehidrasi akan menyebabkan komplikasi
seperti sakit kepala, kejang, atau berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan
kelahiran pra matang.
2. MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN
TUBUH
Asid Laurik yang terkandung dalam
air kelapa muda memiliki sifat anti bakteria & anti virus yang melindungi
tubuh daripada pelbagai jangkitan & meningkatkan sistem pertahanan tubuh
wanita hamil. Ibu hamil amat digalakkan meminum air kelapa muda untuk
meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan daripada jangkitan selesema, mahupun
penyakit berjangkit lain.
3. MENCEGAH DARIPADA KELUHAN
"HEARTBURN"
Keluhan heartburn merupakan salah
satu keluhan yang sering dialami oleh ibu hamil. Rasa seperti terbakar &
panas di dada ini tentu sangat mengganggu. Sifat air kelapa muda yang
mengandungi nutrisi & oksigen yang menyerap ke sel2 tubuh, membantu
membaiki simptom-simptom heartburn ke tahap yang lebih selesa kepada ibu hamil
yang meminumnya.
4. MENCEGAH KEKEJANGAN
Wanita yang sedang hamil &
kekurangan kalium seringkali mengalami masalah kejang kaki. Ibu hamil
dinasihatkan mengambil 4.7mg kalium. Dalam setiap 330mg air kelapa muda,
mengandungi 670mg zat kalium. Amalan meminum air kelapa muda semasa hamil akan
membantu melengkapkan keperluan zat kalium sekali gus mengelakkan masalah
kekejangan / krem pd kaki.
5. MEMBANTU MENGURANGKAN
"MORNING SICKNESS"
Antara khasiat air kelapa muda,
mampu mengurangkan rasa mual, pening2 & muntah yang biasanya terjadi kepada
wanita hamil pd usia awal trimester kandungan.
6. PENAWAR RACUN
Air kelapa muda mengandungi asid
laurik yang berperanan dalam melawan penyakit. Asid laurik juga terkandung dalam
susu ibu dan mampu meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan risiko
diabetis, kanser & HIV yang mungkin terjadi kepada ibu mahupun bayi yang
dikandung.
7. MENINGKATKAN HDL
Air kelapa muda tidak mengandungi
lemak & kolesterol. Menurut kajian, air kelapa muda ini mampu meningkatkan
kolesterol baik (HDL-High Density Lipoprotein) dalam sistem tubuh.
8. MEMBANTU PROSES BERSALIN
Kandungan elektrolit yang tinggi di
dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai pengganti cairan, membantu ibu
hamil daripada risiko dehidrasi & membantu proses bersalin dengan lebih
lancar.
Ibu hamil digalakkan meminum segelas
air kelapa muda setiap hari untuk mendapatkan semua khasiat. Air kelapa muda
boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan gula atau kunyit. Isi kelapa
muda amat berkhasiat untuk ibu dan bayi di kandung.
2 comments :
salam
Assalamualaikum semua nk kongsi boleh jika ada sakit : -
• kanser tahap 1 2 3 dan 4 dah ada bnyak testimoni dan herba ini jugak sesuai untuk pesakit yang sedang melakukan kimo untuk tmbah selera makan,platelet darah dan rambut tidak gugur seperti pesakit yang buat kimo, cerdas boleh memasak dan jalan-jalan walau baru sehari kimo.
• Darah tinggi
• Masalah saraf dan stroke
• cysts
• Kitaran haid tidak teratur
dan lain2 penyakit cuba berubat dgn saya mohd zuhairi bin noordin (017 4687570) cuba wasap saya atau call saya..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.saya mengunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik dan berkesan Insya Allah
Post a Comment