Bayi Baru Lahir ( Tip Penyusuan Susu Botol )
~ Kita semua tahu susu ibu adalah yang terbaik, dan ianya disyorkan bahawa bayi kita diberikan susu badan secara esklusif sehingga mereka berusia 6 bulan. Tetapi jika menyusu badan tidak sesuai bagi anda, dan anda perlu memberinya susu botol atau campurkan dengan susu botol, disini ada beberapa perkara yang anda perlu tahu.
~ Susu formula kanak-kanak dibuat untuk bayi sehingga berusia 12 bulan yang tidak menyusu badan. Pakar kesihatan mengesyorkan agar ibu-ibu mengekalkan sedikit susu badan untuk bayi-bayi jika boleh, walau pun mereka menggunakan susu formula. Susu formula dihasilkan dari susu lembu, tetapi pembuatannya secara keseluruhan telah diubahsuai. Berbincanglah dengan jururawat atau bidan tentang susu formula yang mana adalah terbaik untuk bayi anda. Formula soya sepatutnya hanya digunakan atas nasihat pakar kesihatan. Minuman selain dari susu formula dan susu badan boleh membuatkan bayi anda sakit. Bayi berusia lebih tujuh bulan boleh ditawarkan air untuk diminum.
~ Sekiranya anda menyusu botol bayi anda, Tanya doktor anda susu formula apa yang sesuai untuknya.Terdapat 2 jenis susu yang berada dipasaran sekarang:
1. Berbentuk debu yang perlu dicampurkan dengan air
2. Berbentuk cecair yang sedia untuk diminum- ia adalah lebih mahal.
Tip Penyusuan
# Pastikan anda mematuhi arahan yang diberikan dengan hati-hati. Terdapat tarikh luput pada susu formula tersebut. Jangan guna selepas tarikh tersebut kerana ia tidak lagi selamat digunakan.
• Basuh dengan cermat botol susu plastik atau kaca termasuk juga alatan yang digunakan untuk menyediakan susu. Kalau boleh, gunakan air panas yang bersabun dan basuh dengan air paip yang bersih. Kemudian rebus selama lima minit dalam periuk khas atau sterilizer.
• Untuk menyediakan susu formula, panaskan air selama 5 minit dan sejukkan ia sebelum mencampurkan dengan susu debu tadi. Anda boleh menyimpan didalam peti sejuk dan gunakan ia dalam masa kurang dari 48 jam.
• Panaskan susu dengan meletakkannya dalam air panas. Jangan panaskan dengan mengunakan oven microwave. Ia boleh menjadi terlalu panas.
• Pastikan anda mengoncang botol susu dan titikan beberapa titik susu pada pergelangan tangan anda. Sekiranya ia suam, ia sesuai untuk diberikan kepada bayi anda.
• Semasa memberi susu, pastikan kepala bayi sedikit tinggi dari badannya. Semasa memegang botol, pastikan bahagian puting penuh dengan susu supaya bayi tidak menelan terlalu banyak udara.
• Jangan sesekali sandarkan botol susu kerana bayi anda boleh tersedak dan lemas. Sentiasa pegang bayi anda semasa memberi susu.
• Buang susu yang tertinggal selepas menyusu
• Masa menyusu buka sahaja untuk menghilangkan lapar bayi, malahan ia adalah masa untuk bayi bermanja dengan anda dan peluang anda untuk mengenali bayi anda dengan lebih baik.
Moga sedikit informasi ini dapat memberi manfaat kepada mommies semua. Bagi yang berminat mendapatkan produk barangan baby daripada kami bolehlah hubungi kami/whatsApp 0137723220 @ pergi ke
--> https://www.facebook.com/BabyStudi0
Wednesday, 4 December 2013
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment