Tips Sihat Dan Cantik: 6 Tips Awet
Muda
Bismillah
Saya pasti semua orang suka untuk
nampak muda dari usia sebenar. Akan tetapi, mesti tak semua orang tahu macam
mana nak kekal aktif dan kelihatan awet muda. Lebih-lebih lagi bila ramai di
antara kita yang terlalu sibuk dengan urusan kerja, sehingga mengakibatkan stress.
Stress yang berlebihan boleh membantutkan proses penurunan berat badan dan
kehidupan yang sihat.
Saya pernah berjumpa dengan ramai
orang yang nampak awet muda. Bila ditanya pada mereka, apa rahsianya, rata-rata
mengamalkan tips sihat dan cantik berikut untuk awet muda:
Tips Sihat Dan Cantik 1: Amalkan
Pemakanan Seimbang
Haaa...ini yang paling penting
sekali. Mereka yang kelihatan awet muda memang mengambil berat tentang amalan
pemakanan mereka. Makanan yang diambil mestilah mengandungi semua vitamin dan
mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
Tips Sihat Dan Cantik 2: Tidur
Mereka yang awet muda kebanyakannya
mempunyai waktu tidur yang mencukupi. Waktu tidur yang cukup dan berkualiti
boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda. Tidurlah antara 6 - 8 jam untuk
memastikan badan anda kekal sihat dan cergas.
Dapatkan 6 Rahsia Bahaya kurang Tidur
à
Tips Sihat Dan Cantik 3: Bersenam
Jangan malas untuk melakukan senaman
kerana senaman juga sangat penting untuk mendapat kesihatan yang baik. Buat je
apa-apa aktiviti senaman yang anda suka 3-4 hari seminggu dan senaman tidak
semestinya dilakukan di gym atau di luar rumah.
Ketahui Rahsia Berjalan Kaki Laju à
Tips Sihat Dan Cantik 4: Minum Air
Air sangat penting untuk memastikan
organ tubuh kita boleh berfungsi di tahap optimum. Air boleh membantu
melembapkan kulit dan melancarkan peredaran darah. Minumlah sekurang-kurangnya
2L air kosong setiap hari.
Tips Sihat Dan Cantik 5: Buah-buahan
dan Sayur-Sayuran
Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran
dalam amalan pemakanan anda. Makan buah sebelum makan akan menyebabkan kita
cepat kenyang dan dapat mengawal jumlah pengambilan makanan utama.
Tips Sihat Dan Cantik 6: Fikir
positif
Orang yang selalu berfikiran positif
dan bersifat terbuka dapat mengelakkan diri dari tekanan. Anda boleh membaca
buku-buku motivasi untuk membantu anda kekal positif dan gembira. Perkara yang
positif akan banyak berlaku kepada anda yang selalu berfikiran positif.
Tips sihat dan cantik ini adalah
sebahagian aktiviti mudah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita. In shaa
Allah sedikit sebanyak saya pasti tips ini boleh membantu anda untuk terus
kekal sihat dan cantik.
Hubungi saya
untuk mendapatkan produk shaklee bagi membantu anda mengamalkan pemakanan yang
sihat dan seimbang. Pn Masliza (017723220) feel peaceful to help ;)




0 comments :
Post a Comment