Friday, 27 December 2013

Set Penyusuan Shaklee

Posted by Unknown at 18:10
Set Penyusuan Shaklee

Pengambilan pemakanan yang seimbang dan mengandungi nutrisi yang lengkap 
amat penting untuk kesihatan para wanita khususnya yang sedang menyusukan anak. 
Tanpa nutrien yang lengkap, adalah agak sukar untuk menjana susu ibu yang 
mencukupi dan konsisten dengan keperluan bayi yang cepat membesar.

Namun, pada masa kini kesedaran tentang kebaikan penyusuan ibu semakin 
mendapat tempat di hati para wanita. Ini kerana, di samping dapat memberikan khasiat
susu ibu terbaik buat anak, para wanita juga akan turut mendapat pelbagai 
manfaat kesihatan dari penyusuan tersebut.

Kenapa Anda Perlu Menyusukan Bayi Anda?
  1. Ketahuilah bahawa bayi anda yang comel dari anugerah Allah akan membesar bersama manfaat khasiat terbaik dari susu ibu; makanan pertama bayi yang terbaik dan yang paling lengkap di dunia ini!
  2. Susu ibu dihasilkan dengan manfaat khusus untuk menyesuaikan dengan keadaan usus dan perut bayi yang baru lahir, di mana susu ibu lebih mudah dicernakan oleh usus bayi.
  3. Bayi yang menyusu badan sangat kurang mendapat risiko sembelit,mahupun cirit birit.
  4. Bayi yang menyusu badan akan mendapat manfaat nutrien dari apa yang ibu makan. Contohnya, jika ibu mengambil makanan yang mengandungi sumber mineral Kalsium, bayi juga secara tidak langsung akan mendapat khasiat mineral tersebut dari penyusuan badan. 
  5. Risiko adalah rendah untuk bayi anda mendapat pelbagai jangkitan seperti jangkitan saluran pernafasan, jangkitan saluran pencernaan,  jangkitan dalam telinga, jangkitan di saluran air kencing. 
  6. Sistem imun badan bayi akan diperkuat dengan antibodi yang disalurkan melalui susu ibunya. Khasiat ini diperoleh melalui Kolostrum, susu awal ibu yang dihasilkan antara tempoh-tempoh akhir mengandung sehingga beberapa jam             
  7. selepas ibu melahirkan. Kolostrum mengandungi banyak karbohidrat, protein dan antibodi, mudah dicerna, mengandungi kandungan imun yang tinggi dan mengandungi sel darah putih.
  8. Kalau anak bijak, bagilah susu badan kerana susu ibu mengandungi Asid Lemak DHA yang amat penting untuk pertumbuhan sihat otak anak. 
  9. Sentuhan berterusan antara bayi dan ibu juga menggalakkan perkembangan kognitif dan emosi sihat bayi anda.
  10. Bayi menyusu lebih mendapat mendapat manfaat gusi dan gigi yang kuat dan sihat. ditambah pula dengan kurang risiko mendapat kaviti di masa hadapan hidupnya. 
  11. Bayi menyusu kurang cerewet dalam bab-bab makan. Ini kerana susu ibu boleh berubah rasa bergantung kepada corak pemakanan ibu. Oleh itu, secara tidak langsung ini mendidik bayi untuk menerima pelbagai jenis makanan di kemudian hari.
Set asas ini lengkap dengan keperluan asas nutrien untuk para ibu yang menyusukan bayi mereka.
Berikut adalah empat set penyusuan popular utk pilihan anda:

1. Set B
·         ~ Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C,dan Alfalfa
·         ~ Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan
·         ~ Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
·        ~  Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
·         ~ Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
·         ~ Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
·        ~ Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.

2. Set Eu Four Pack
·       ~  Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
·        ~  Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
·         ~ Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
·         ~ Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
·      ~ Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
·   ~Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.
3. Set E
·        ~  Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
·        ~  Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.

4. Set 3M
·        ~ Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
·            ~Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
·         ~ Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
·    ~Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
·           ~ Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
·         ~ Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha. 

Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Buat renungan bersama....

” Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak 
mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja?  
Tidakkah kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”. 

Berminat:
Untuk pembelian dan penghantaran hubungi
-Pn. Masliza-
SMS - 0137723220 dan dapatkan harga istimewa dan konsultansi percuma dari saya

0 comments :

Post a Comment

 

Blog Baby Studio | Tips Kesihatan dan Keibubapaan | Produk Kanak-kanak Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting