Gout
Gout
adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan.
·
Asid urik adalah bahan kumuhan
berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
·
Badan kita membuang bahan kumuhan ini
melalui air kencing (urin).
·
Bagi penghidap gout, asid urik yang
berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
·
Ia adalah salah satu penyakit yang
paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi.
·
Pada masa dahulu gout boleh
menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang
perubatan, gout boleh dikawal.
·
Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki
dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
·
Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum
wanita sebelum putus haid.
Tanda
Gout
·
Gout lazimnya menyerang ibu jari
kaki.
·
Ibu jari kaki menjadi merah, panas,
bengkak dan tersangat sakit.
·
Serangan selalunya berlaku secara
tiba-tiba, kerap kali semalaman.
·
Sendi yang diserang menjadi bisa
sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
·
Sakit mungkin berlarutan
berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
·
Sakit mungkin menyerang kembali
selepas berminggu atau bulan.
·
Gout boleh menyerang sendi-sendi lain
seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
·
Asid urik boleh berkumpul di bawah
kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
·
Dalam saluran urinari (air kencing),
ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
·
Penghidap gout juga sering menghidapi
penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
o Kegemukan
o Darah tinggi
o Hiperlipidemia
o Diabetes
Rawatan
Gout
adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil
langkah-langkah untuk mengatasinya.
Rawatan
serangan akut
·
Rehatkan sendi semasa serangan gout.
·
Ubat-ubatan anti-radang berkesan
untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan
kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang
singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
·
Ubatan lain seperti colchicine juga
boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan
cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi
doktor)
·
Steroid (Peringatan: Steroid hanya
boleh diambil melalui preskripsi doktor)
o Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
o Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap
tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak
boleh diambil berpanjangan.
·
Sentiasa peka terhadap tanda-tanda
awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
Rawatan
Jangka Panjang
Oleh
kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda
haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
·
Menjaga berat badan – kegemukan boleh
mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
·
Mengelakkan minuman keras
·
Pemakanan – elakkan pengambilan
makanan yang mengandungi purin yang tinggi
·
Sesetengah daging binatang, makanan
laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
Pemakanan
Di
bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.
ELAKKAN
MAKAN
|
KURANGKAN
MAKAN
|
·
Organ dalaman seperti hati,
paru-paru, ginjal dan otak
·
Ikan bilis, kembung, sardin
·
Daging cincang
·
Ekstrak daging, ragi (seperti
Marmite) dan kiub rebusan daging
·
Makanan bercengkerang seperti
ketam, udang dan kerang
|
·
Asparagus, bunga kobis, cendawan
dan bayam
·
Peanuts, lentil, beans and peas
·
Poultry
·
Roti jagung dan bijirin
|
Pencegahan
·
Ubah cara hidup anda untuk memastikan
paras asid urik yang normal
·
Amalkan cara hidup sihat untuk
mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
·
Apabila mengambil allopurinol, ianya
perlu diambil secara berterusan.
·
Jangan mengubah atau menghentikan dos
allopurinol semasa serangan gout.
·
Minum banyak air
Benarkah
Gout Penyakit Orang Kaya?
Tidak,
gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan
pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan penyakit gout.
Adakah
Gout Boleh Diwarisi?
·
Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran
juga memainkan peranan
·
Gout adalah penyakit yang boleh
dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan
kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
·
Adalah penting untuk mengamalkan cara
hidup sihat.
Jadi jangan tunggu lagi, amalkan
pemakanan yang sihat dan selitkan pengambilan vitamins dan supplemens dalam
diet yang mana mampu mencegah anda menghidapinya tanpa perlu pemakanan
ubat-ubatan..untuk keterangan lanjut sila hubungi saya Pn Masliza 0137723220,
Pakar ubat-ubatan dan supplements anda. Terima kasih
0 comments :
Post a Comment