MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA
HAMIL
Makan makanan yang seimbang adalah
penting pada setiap masa, tetapi ia adalah lebih penting apabila anda hamil.
Terdapat nutrien penting, vitamin, dan mineral yang diperlukan untuk
perkembangan bayi dalam kandungan anda.
Kebanyakan makanan adalah selamat untuk dimakan, namun terdapat beberapa makanan yang perlu dielakkan semasa hamil kerana khuatir dapat membahayakan kesihatan bayi anda. Ada pepatah mengatakan bahawa mencegah itu lebih baik dari mengubati dan berikut merupakan antara makanan yang mungkin berisiko untuk diambil semasa hamil.
Kebanyakan makanan adalah selamat untuk dimakan, namun terdapat beberapa makanan yang perlu dielakkan semasa hamil kerana khuatir dapat membahayakan kesihatan bayi anda. Ada pepatah mengatakan bahawa mencegah itu lebih baik dari mengubati dan berikut merupakan antara makanan yang mungkin berisiko untuk diambil semasa hamil.
1. Daging mentah.
Makanan laut, daging dan juga ayam
yang tidak dimasak atau tidak dimasak sepenuhnya perlu dielakkan kerana risiko
pencemaran dengan bakteria koliform, toxoplasmosis dan juga salmonella. Ibu
mengandung berisiko tinggi untuk mendapat keracunan makanan akibat penurunan
daya imum semasa hamil.
Mungkin di Malaysia tidak menjadi
kebiasaaan untuk makan makanan mentah atau separuh masak tetapi risiko tetap
ada memandangkan asimilasi budaya pemakanan seperti makanan barat atau mungkin
sushi dari jepun.
Daging deli telah diketahui bahawa
dicemari dengan bakteria listeria,yang boleh menyebabkan keguguran. Listeria
juga mempunyai kebolehan untuk merentasi plasenta dan boleh menjangkiti bayi
yang boleh membawa kepada jangkitan atau keracunan darah, yang boleh mengancam
nyawa.
Jika ingin juga makan daging deli,
pastikan anda memanaskan dahulu daging tersebut sehingga masak sepenuhnya,
tetapi seeloknya elakkan dahulu makan ketika hamil.
3. Ikan dengan kandungan merkuri yang tinggi.
Ikan dengan kandungan merkuri yang
tinggi perlu dielakkan. Merkuri yang dimakan semasa hamil dikaitkan dengan
kelewatan perkembangan dan kerosakan otak.
Antara ikan yang mempunyai kandungan
merkuri yang tinggi ialah ikan yu, ikan todak, ikan kembung raja, ikan kerapu,
ikan hiu, ikan tuna kuning dan ikan marlin. Semakin tinggi kedudukan ikan dalam
rantai makanan semakin banyak kandungan merkuri yang terdapat dalam ikan
tersebut.
4. Kerang-kerangan mentah.
Majoriti penyakit bawaan makanan
laut berpunca dari kerang-kerangan mentah seperti kerang,tiram,dan kepah.
Proses memasak mungkin boleh membntu dalam nyah-bakteria, tetapi ia tidak
menghalang jangkitan berkait dengan alga.
5. Telur mentah.
Telur mentah atau separuh masak
mungkin mengandungi bakteria salmonella. Bakteria ini mampu menyebabkan
keracunan makanan yang teruk. Pastikan setiap masakan berkaitan dengan telur
mesti dimasak dengan sepenuhnya bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak
diingini.
6. Keju lembut.
Keju lembut yang diimport mungkin
mengandungi bakteria Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran. Antara keju
lembut yang dipercayai mungkin mempunyai Listeria ialah seperti brie,
Camembert, Roquefort, Feta, dan Gorgonzola.
7. Susu yang tidak dipasteur.
Susu sebegini juga mungkin mempunyai
bakteria Listeria. Pastikan susu yang diminum ialah susu yang dipasteur.
8.Kafein.
Walaupun kebanyakan kajian
menunjukkan bahawa pengambilan kafein dalam kesederhanaan adalah OK, ada yang
mengatakan bahawa pengambilan kafein mungkin berkaitan dengan keguguran.
Elakkan kafein semasa trimester pertama untuk mengurangkan kemungkinan
keguguran.
Sebagai peraturan umum, kafein harus
dihadkan kepada kurang daripada 200 mg setiap hari semasa mengandung. Kafein
adalah diuretik, yang bermakna ia membantu menghapuskan air dari badan. Ini
boleh menyebabkan kehilangan air dan kalsium.
Ia adalah penting bahawa anda minum
banyak air, jus, dan susu dan bukannya minuman berkafein. Beberapa penyelidikan
menunjukkan bahawa sejumlah besar kafein dikaitkan dengan keguguran, kelahiran
pra-matang, berat lahir rendah, dan gejala pada bayi. Perkara yang paling
selamat adalah untuk menahan diri dari mengambil kafein.
9. Alkohol.
Pengambilan alcohol semasa hamil
dapat mengganggu perkembangan bayi dalam kandungan. Selain itu, pendedahan
alkohol kepada bayi dalam kandungan boleh membawa kepada Fetal Alcohol
Syndrome.
10. Sayur-sayuran yang tidak dibasuh.
Sayur-sayuran adalah selamat untuk
dimakan tetapi pastikan sayur yang ingin dimasak dibasuh dahulu kerana mungkin
terdapat bakteria Toxoplasmosis. Bakteria Toxoplasmosis boleh membawa mudarat
kepada ibu dan juga bayi dalam kandungan.
SEMOGA BERMANFAAT J





0 comments :
Post a Comment