Tuesday, 5 November 2013

ATASI MASALAH RUAM LAMPIN

Posted by Unknown at 02:17

# Ruam lampin adalah fenomena di mana kulit bayi menjadi kemerah - merahan di bahagian punggung disebabkan oleh permukaan kulit yang lembap. Ruam lampin juga boleh dicetuskan oleh alergi terhadap produk yang digunakan dan ini dikenali sebagai alergi dermatitis.
# Sebaik- baiknya rajinlah memeriksa keadaan punggung bayi dan pastikan lampin sentiasa bersih dan kering.

# Lampin bayi yang basah haruslah diganti dengan serta-merta dan hanya lampin yang berkualiti harus digunakan untuk memastikan punggung si manja sentiasa sihat.

# Seluar plastik dan pakaian ketat juga boleh menyebabkan ruam lampin semakin menjadi- jadi kerana kekurangan ruang pengudaraan boleh menjejaskan kulit bahagian punggung.

# Sekiranya bayi anda kerap memakai lampin pakai semula, anda harus jemur lampin sepenuhnya di bawah sinaran matahari sebelum menggunakannya semula.

# Sebaik- baiknya, cegahlah pembentukan ruam lampin sebelum ia berlaku demi keselesaan si manja.

# Sekiranya si kecil masih juga terkena ruam lampin, janganlah terlalu risau masalah ini boleh dirawat sehingga pulih.

# Langkah yang boleh diamalkan sebaik sahaja tanda kemerahan muncul:
1. Rawatan Untuk Ruam Lampin Biasa
~ Basuhlah punggung bayi anda dengan air suam.
~ Bilas punggung sehingga bersih dan lapkan kulit bayi sehingga 100% kering.
~ Anda boleh sapukan emolien yang berfungsi sebagai pelembap kulit.
~ Sekiranya anda tidak merancang untuk keluar, biarkan bayi anda bebas tanpa memakai lampin untuk seketika demi mempercepatkan pemulihan.
~ Anda juga boleh meletakkan bayi di atas tuala di dalam bilik yang mempunyai suhu yang sesuai untuknya.

2. Adakah Emolien baik untuk bayi?
~ Emolien (atau salap) harus digunakan dalam kuantiti kecil di permukaan kulit punggung bayi.
~ Fungsi utama emolien adalah untuk menjadi lapisan pelindung di antara kulit bayi dan sebarang najis yang ada.

3. Rawatan Untuk Ruam Lampin Alergi Dermatitis
~ Semak sama ada ruam lampin si manja dicetuskan oleh alergi terhadap sesuatu produk yang telah digunakan.
~ Ruam lampin tersebut akan hilang dengan sendirinya asalkan anda tidak lagi menggunakan produk tersebut.

0 comments :

Post a Comment

 

Blog Baby Studio | Tips Kesihatan dan Keibubapaan | Produk Kanak-kanak Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting