Pisang
antara buah yang menjadi kegemaran semua orang sama ada papa dan mama mahupun
si kecil. Selain mudah dimakan, rasanya yang manis membuatkan anak-anak
menggemarinya.
Tetapi
tahukah anda, pisang juga boleh menjadi bahan kecantikan terutama kepada
wanita. Pisang berupaya membantu mengurangkan dan mencegah kedutan pada wajah.
Caranya
mudah sahaja, kisarkan sebiji pisang (tidak kisah pisang apa) sehingga menjadi
seperti puri atau krim. Kemudian, sapu rata pada muka dan leher. Biarkan selama
10 hingga 15 minit. Akhir sekali, bilas dengan air suam dan sekali lagi dengan
air biasa. Anda akan rasakan kulit lebih segar dan tegang. Elok dilakukan
seminggu sekali.
Selamat Mencuba..
Selamat Mencuba..
0 comments :
Post a Comment