Sunday, 9 March 2014

Flat Head Syndrome’ (sindrom kepala leper) pada kepala bayi

Posted by Unknown at 11:29
Flat Head Syndrome’ (sindrom kepala leper) pada kepala bayi 

~ Kita seringkali mendengar bahawa cara tidur terlentang pada bayi memang sangat digalakkan untuk mencegah sindrom kematian mengejut atau ‘sudden infant death syndrome’ (SIDS). Namun, tahukah anda jika bayi anda terlalu lama berada pada posisi tidur terlentang, ia boleh mengakibatkan ketidaknormalan pada bentuk kepalanya? Keadaan inilah yang dikenali sebagai ‘flat head syndrome’, atau lebih dikenal dengan sindrom kepala leper.


Apakah sindrom kepala leper?
Sindrom kepala leper atau ‘flat head syndrome’ diistilahkan dari segi saintiik sebagai lagiocephaly. Ia merupakan keadaan di mana terdapat bahagian leper pada kepala bayi. Sungguhpun ia sering dikaitkan dengan posisi tidur terlentang, sindrom ini bukan sahaja terjadi kepada bahagian belakang bayi sahaja tetapi turut melingkungi bahagian sisi kepala bayi. 

Bayi yang memiliki kepala leper mempunyai ciri-ciri tertentu seperti:
• Ketika sedang tidur, kepala bayi biasanya hanya menghadap pada satu sisi.
• Bayi mengalami kesukaran untuk mengubah arah kepalanya atau melihat kearah
yang lain daripada arah sebelumnya.
• Memiliki wajah berbentuk bulat, namun bahagian belakang kepala kelihatan rata
• Memiliki ukuran kedua mata atau telinga yang berbeza

Apakah punca terjadinya sindrom kepala leper?
a) Tidur terlentang yang terlalu lama dapat menyebabkan perubahan bentuk pada kepala bayi. Oleh itu, berusahalah untuk mengurangkan frekuensi tidur terlentang pada bayi anda. Posisi tidur yang cenderung mengiring ke kiri ataupun kanan sahaja juga boleh mengakibatkan sindrom ini.
b) Terlalu kerap tidur dalam alat penggendong sebenarnya juga boleh mengubah bentuk kepala bayi. Untuk itu, renggangkan ikatan gendongan bayi anda agar ikatan tidak terlalu ketat dan kerapkanlah bertukar posisi jika anda selalu menggendong bayi anda di rumah.
c) Bayi yang lahir tidak cukup bulan lebih terdedah kepada risiko ini kerana tulang tengkorang kepalanya belum berkembang dengan sempurna.
d) Bayi yang normal pula boleh mengalami ‘craniosynostosis’ di mana pembentukan tengkorak bayi tidak berlaku dengan sepenuhnya. Keadaan ini menyebabkan terjadinya ketidaknormalan pada bentuk tulang tengkorak kepala dan tekanan yang terlalu serius mampu menjejaskan otak bayi.

Bagaimana mengelakkan sindrom kepala leper pada bayi?
Sebenarnya, sindrom kepala leper ini tidak merbahaya selain yang disebabkan oleh craniosynostosis. Walaubagaimanapun, sudah tentu ia mempengaruhi rupa fizikal bayi kelak. Maka, sebelum terlambat lakukanlah langkah pencegahan seperti berikut:

 Ubah posisi tidur bayi 
Anda boleh membiarkan bayi anda tidur dalam keadaan terlentang, tetapi anda hanya perlu mengubah arah mukanya dari semasa ke semasa.
Bolehkah ianya dirawat? 
Lazimnya, menukar arah atau posisi kepala bayi dengan kerap sudah cukup untuk merawat atau mencegah sindrom kepala leper. Namun, terdapat helmet yang direka khas untuk mengatasi masalah ini sekiranya bentuk kepala bayi anda tidak bertambah baik selepas usia 4 bulan. Ianya berfungsi dengan memberikan tekanan lembut pada kepala bayi untuk membantu pertumbuhan tulang tengkorak.

Sungguhpun begitu, helmet khas ini hanya boleh merawat bayi yang berusia bawah 1 tahun, iaitu sebelum tengkorak kepala terbentuk sepenuhnya. Selain rawatan terapi fizikal, pembedahan juga boleh dijalankan sekiranya ia melibatkan permasalahan pada otak bayi.


2 comments :

Unknown on 15 April 2016 at 21:12 said...

Salam kak sya frhah..kpla ank sya blkngnya flat mgkn dia tidur trlntng trlalu lma. Tpi, sya prasn pn bla dia dh ckur rmbt. Sya dh cba mcm2 cra dh sjk dia ckr rmbt lps sy hbis pntng. Tpi, skrg ank sya dh 5 bln dn msih lgi nmpk flat di blkng kplanya. Jdi, sya pn google dn trnmpk stu website psl CRANIAL REMOLDING ORTHOSIS iaitu topi khas untuk bayi yg brusia dri 3-18 bln untk membntk kmbali kplanya ke nrmal. Tpi, mslhnya sya tgk topi tu hnya kat luar ngra. Jdi, soalan sya skrg ni mcm mn nk dptkn topi tu kat malaysia?. Kna dptkn treatment dri dktr dlu ke?. Klu kna dptkn treatment dri dktr dulu, blh akak bgi thu kat hosptl atau pn kat medical centre mn yg blh bt?. Sbb sya dh puas cri tpi, msih tak jumpa. Pls kak, tlg sya. Sya amt mmrlukan bntuan.

Unknown on 25 April 2020 at 16:01 said...

apakah nama helmet tersebut

Post a Comment

 

Blog Baby Studio | Tips Kesihatan dan Keibubapaan | Produk Kanak-kanak Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting