Pengenalan
Demam denggi adalah sejenis
penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang
telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam
denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus
akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal
di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur
hidupnya. Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika
Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
Tanda dan gejala
·
Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke
empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di
antara 4 hingga 7 hari.
· Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit
kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan
sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
·
Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan
berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan
dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang,
otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai
"breakbone fever".
·
Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas
bermulanya demam.
·
Muntah dan kurang selera makan.
Pemastian diagnosa penyakit
Antibodi akan dikesan di dalam
darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk
melawan jangkitan).
Ujian PCR (kaedah mengesan
genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh
didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu lagi test
yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.
Rawatan
· Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus
untuk merawat demam denggi.
· Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh
diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
·
Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
·
Mandi jerlum.
·
Antibiotik tidak diperlukan.
Demam Denggi Berdarah
Merupakan demam denggi yang
teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.
Kebiasaan tanda sakit adalah
sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan
di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di
bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan
boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh
menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan
kematian.
Tiada ubat-ubatan yang khusus
untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam
denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang
daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak
mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini
demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah
kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang
menjadi masalah utama.
Faktor penyumbang
Intravena:
· Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara
Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
· Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama
boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
· Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain
menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.
Pencegahan
Pada masa sekarang tiada vaksin
untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan
untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
·
Gunakan ubat nyamuk.
·
Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
·
Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00
pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
·
Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila
keluar daripada rumah.
·
Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat
pembiakan nyamuk:
· Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah.
Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air,
terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika
tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas
tersebut.
·
Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki
mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke
wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
·
Muntah berlarutan/berpanjangan.
·
Sakit perut.
·
Kurang bermaya/sawan.
· Sesak nafas.
·
Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
· Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah
dan tanda-tanda merah pada kulit.
Segeralah bertindak, untuk kesejahteraan keluarga kita...
0 comments :
Post a Comment