Eczema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindak balas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.
Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.
Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).
Penyebab sebenar ekzema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan tindakan overaktif (terlampau) sistem imuniti badan kepada sebarang benda/keadaan yang menyebabkan eczema atau kulit gatal, seperti bersentuh dengan kain yang kasar yang menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk, terdedah kepada beberapa produk kegunaan di rumah seperti sesetengah sabun membasuh kain atau pembersih rumah lain yang mengandungi bahan kimia yang kuat).
Walaupun masalah ekzema ini tidak boleh dipulihkan sepenuhnya, tetapi ia boleh dikawal dengan rawatan dan ubat, rawatan herba, elakkan daripada kulit menjadi terlalu kering dengan memakai krim pelembab kulit serta jauhkan daripada bahan-bahan yang boleh menyebabkan kulit gatal. Jangan risau, ekzema tidak berjangkit kepada orang lain, tidak seperti penyakit kulit lain yang disebabkan oleh bakteria atau fungus seperti kurap, panau.
Pakar dermatologi menyarankan individu yang mudah menghidap ekzema, supaya melindungi kulit mereka daripada terdedah kepada faktor penyebab penyakit itu dengan menggunakan pelembap yang sesuai.
Panduan pengurusan Ekzema :
• Elakkan mandi terlalu lama.
• Jangan mandi air panas atau agak suam.
• Gunakan sabun yang lembut, mempunyai kelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.
• Elakkan tersentuh sabun, minyak wangi, serbuk pencuci, barang perhiasan dan persekitaran yang boleh menyebabkan ekzema.
• Memakai baju longgar dan diperbuat dari kapas.
• Elakkan makanan yang menjadi alahan seperti susu lembu, telur dan kekacang.
• Mempertahankan suhu sejuk di kawasan bilik tidur kerana panas boleh menyebabkan berpeluh yang memburukkan keadaan gatal
• Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas daripada habuk dan kotoran.
• Pastikan kuku sentiasa pendek agar tidak menggaru dan seterusnya memudaratkan lagi eczema.
Jom kita baca cara merawat ekzema dan sakit kulit dengan Shaklee mengikut peringkat umur.
Bayi berumur kurang 1 tahun
•Ibu yang menyusukan anak yang mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
• Jika bayi mengalami ekzema kering, boleh sapukan Herbal Blend Cream untuk mengurangkan rasa gatal dan pedih.
• Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yang luka.
Kanak-kanak 1 tahun ke atas
• Omega guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih 1 tahun untuk kawal dan rawat masalah ekzema.
• Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan.
• Mealshake yang kaya dengan multivitamin juga boleh diberikan untuk memperbaiki kulit yg rosak dan berparut
• Herbal blend dan vitamin e boleh digunakan untuk merawat luka.
Remaja dan dewasa
• Amalkan ESP dan fungsinya adalah membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila ekzema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik.
• Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Yang bagusnya Vitamin E Shaklee ini, ia mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur ini lah yang membuatkan kesan pemulihan kulit-kulit yang rosak itu berlaku lebih cepat. Vitamin E ini juga mengelakkan luka dari terkena jangkitan bakteria. Ia memang bagus untuk memperbaiki sel kulit supaya luka sembuh, dan juga meningkatkan immune sistem yang bertindak melawan ekzema
• Omega Guard ini adalah untuk memastikan kulit kekal lembap. Sepertimana yang kita tau, pengidap ekzema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Kulit tak boleh kering, kerana ia akan menyebabkan rasa gatal dan pengidap akan mula menggaru. Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.
• ESP dan Omega Guard ini diperlukan bagi mengelakkan ekzema itu terus merebak dan mengjangkiti tempat-tempat lain yang belum dijangkiti. Kedua- dua produk ini merawat kulit dari dalam.
• Herbal Blend ini fungsinya adalah untuk melegakan gatal dan pedih-pedih akibat luka ekzema. Bila pakai disapu dengan Herbal Blend, kulit akan rasa sejuk, jadi gatal dan pedih akan beransur hilang.
• Boleh juga ambil Meal Shakes yang kaya dengan multivitamin untuk merawat kulit yang rosak
• Pengambilan Alfalfa boleh diamalkan. Ia bertindak menguatkan sistem dalaman badan dengan menyahkan toksin.
Anda tahu apa yang anda perlukan. SMS/PM kami untuk mendapatkan konsultasi percuma. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan mana-mana Produk Shaklee, bolehlah hubungi saya, Pn Masliza 0137723220
Anda tahu apa yang anda perlukan. SMS/PM kami untuk mendapatkan konsultasi percuma. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan mana-mana Produk Shaklee, bolehlah hubungi saya, Pn Masliza 0137723220







0 comments :
Post a Comment