Sunday 9 February 2014

Eclampsia Semasa Hamil

Posted by Unknown at 12:02
ECLAMPSIA SEMASA HAMIL
Sawan bukan hanya boleh berlaku kepada orang biasa, tetapi juga kepada ibu mengandung. Namun bagi ibu mengandung, gelaran 'sawan' itu berbeza dan ia dipanggil 'eclampsia'. Tidak seperti sawan biasa, isu eclampsia memerlukan beberapa pertimbangan berat kerana ia bukan sahaja membabitkan pesakit yang mengalami sawan itu, tetapi juga janin yang dikandungnya.

Sawan atau eclampsia, berlaku bukan disebabkan pesakit berkenaan mempunyai sawan sebelum mengandung atau masalah di dalam otak pesakit. ia berpunca daripada tekanan darah tinggi disebabkan mengandung yang dipanggil pra-eclampsia. Selain tekanan darah tinggi, wujud kandungan protein dalam air kencing yang menjadi petanda awal eclampsia.

Pra-eclampsia membabitkan enam hingga lapan peratus daripada semua ibu mengandung. Ia berlaku seawal usia kandungan melebihi 20 minggu dan biasanya dikesan ketika kandungan berusia 32 minggu atau lapan bulan.Ia sering membabitkan ibu yang mengandung kali pertama. Bagi ibu mengandung yang sememangnya mempunyai sejarah darah tinggi, kencing manis, buah pinggang atau penyakit auto-immun serta pernah mengalami pra-eclampsia dan seterusnya sawan atau eclampsia.

Punca sebenar penyakit ini belum di kenal pasti sepenuhnya. tetapi ia berkaitan uri dan saluran darah pada uri kandungan. Simptom awal sebelum berlakunya sawan ialah rasa loya, muntah, sakit kepala yang teruk, sakit perut dan penglihatan menjadi kabur. Selepas itu, ia membabitkan otot sekeliling mulut 'bergerak' di luar kawal.

Diikuti anggota tangan dan kaki menjadi kejang untuk 15 hingga 20 saat disertai oleh sawan kaki dan tangan bergoyang secara rawak. Selain itu, mulut berbuih, bibir dan jari kebiruan disebabkan pesakit berhenti bernafas. Biasanya berlaku dalam satu minit. Akhirnya boleh mengakibatkan koma.

Pencegahan awal amat penting bagi ibu mengandung, terutama yang mempunyai risiko mendapat pra-eclampsia. Ujian darah dan pemeriksaan klinikal dapat membantu mengenal pasti individu yang berisiko mendapat sawan ini.

Pemeriksaan berkala tekanan darah penting untuk memastikan rawatan dimulakan awal dan tekanan darah dapat dikawal untuk mengelak sawan. Satu-satunya rawatan utama jika berlaku sawan (eclampsia) atau pra-eclampsia yang semakin  teruk ialah dengan melahirkan bayi berkenaan, sama ada melalui induksi kelahiran atau pembedahan.

Ini kerana, punca utama berlakunya masalah berkenaan dipercayai bapa uri janin dan bila uri dikeluarkan, risiko mendapat sawan tiada. Namun ada juga kes di mana sawan masih boleh berlaku enam minggu  selepas bersalin. Adalah dinasihatkan ibu dalam pantang yang mempunyai simptom sakit kepala dan bengkak kaki segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Jadi kepada bakal-bakal ibu segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya terdapat gejala-gejala eclampsia ini..Jangan berlengah,,Sayangilah diri dan Bayi anda…



0 comments :

Post a Comment

 

Blog Baby Studio | Tips Kesihatan dan Keibubapaan | Produk Kanak-kanak Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting