Bakar Kalori dengan
Penyusuan susu ibu
Penyusuan
susu ibu membakar lebih daripada 600 kalori sehari!
Menurunkan
berat badan yang bertambah akibat kehamilan merupakan antara agenda utama yang
mahu dilaksanakan oleh para ibu yang baru melahirkan bayi. Ada segelintirnya
gusar dengan keupayaan diri mengurangkan berat badan sepanjang tempoh penyusuan
susu ibu berlangsung. Alasannya, mereka mahu terus menyusukan bayi namun tidak
mahu sebarang masalah timbul akibat terlalu obses dengan keinginan mengecilkan
pertambahan saiz pada bahagian-bahagian tubuh tertentu.
Atasi
dilema anda dengan fakta ini. Dengan pembakaran lebih daripada 600 kalori
sewaktu menyusukan bayi, anda seolah-olah melakukan aerobik selama 2 jam setiap
hari. Malah, kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan
Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar
pinggul dan punggung dengan berkesan.
Jadi,
anda tidak perlu khuatir lagi. Matlamat anda dapat dipenuhi dengan menyusukan
bayi secara eksklusif. Sewaktu hamil dahulu, anda menambah berat untuk
menyimpan tenaga bagi menghasilkan susu ibu. Kini, sudah tiba masanya untuk
anda menggunakan simpanan lemak itu dengan menyusukan bayi.
1. Jaga Corak Pemakanan
Pengurangan berat badan sepanjang tempoh menyusukan bayi adalah sesuatu yang pasti! Dalam memastikan kejayaan ini, anda hanya perlu mengekalkan diet yang sihat agar anda dan bayi memperoleh zat makanan yang diperlukan.

Cara
terbaik ialah dengan ambil hanya sedikit kalori dengan mengurangkan amaun
“tambahan” yang biasa diambil.
Apa
yang dimaksudkan ialah gula tambahan dan lemak tepu yang biasanya terkandung di
dalam makanan seperti manisan, masakan bergoreng, keju, susu penuh krim dan
daging berlemak. Sebagai alternatif, gantikan jenis-jenis makanan ini dengan
pilihan rendah lemak, bebas lemak, kurang manis dan tanpa gula tambahan.
2. Senaman
Ada pendapat menyatakan sesetengah jenis senaman boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Merujuk kepada kenyataan Kumpulan Penyokong Penyusuan Susu Ibu Antarabangsa La Leche League, setakat ini tiada data kajian yang membuktikan pandangan berkenaan.

Faktanya,
kajian yang pernah dilakukan oleh C.A Lovelady pada 1990 mendapati ramai wanita
yang melakukan senaman secara tetap mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Oleh yang demikian, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara
rutin. Namun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu terutamanya bagi anda
yang melahirkan bayi secara caesarean. Dengan cara ini, anda dapat
menyingkirkan lemak dan pada masa yang meningkatkan tahap metabolisme dan
tenaga tubuh.
3. Diet
Pakar laktasi menyarankan anda untuk memulakan rutin berdiet hanya selepas 2 bulan menyusukan bayi. Ini bagi memastikan penghasilan susu sedia ada berada di tahap yang stabil. Selepas tempoh itu, anda boleh mengurangkan pengambilan kira-kira 100 kalori sehari. Usah khuatir, pengurangan ini tidak akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda dan bayi. Menurut kenyataan La Leche League, anda boleh mengurangkan kira-kira 0.7 kg seminggu sepanjang menyusukan bayi tanpa kesan merbahaya.

Untuk
makluman, kekurangan zat makanan tidak akan menjejaskan kualiti dan amaun susu
ibu tetapi ia memudaratkan tahap kesihatan diri anda. Walaupun begitu, anda
tidak perlu melakukan diet melampau kerana ia langsung tidak memberi kebaikan
kepada diri anda dan bayi juga.
4. Buat pertimbangan
Beringatlah! Anda perlu mengambil makanan antara 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan kestabilan amaun susu. Jadi, diet melampau yang menjurus kepada pengurangan berat badan secara pantas berpotensi memudaratkan bayi. Ketahuilah, toksin dan racun perosak boleh hadir dalam tahap yang rendah menerusi susu ibu.

Lebih
daripada itu, ia mungkin boleh dilepaskan ke dalam susu ibu. Jadi, diet
melampau sememangnya boleh menyingkirkan lemak di tubuh anda tetapi dalam masa
yang sama menghapuskan zat makanan berharga di dalam susu ibu.
5. Pandangan Pakar
Kebanyakan pakar perubatan menasihatkan agar anda tidak perlu bimbang tentang pengurangan berat badan sehingga usia bayi mencecah 6 bulan. Memandangkan penyusuan susu ibu membantu melenyapkan lemak yang ada. Oleh yang demikian, sentiasa dapatkan pandangan daripada mereka yang pakar sebelum memulakan apa jua jenis program pengurangan berat badan.

Kepada para ibu janganlah
takut untuk menyusukan bayi anda, kerana terdapat banyak kebaikan daripada
penyusuan susu ibu ini…J
0 comments :
Post a Comment