Tuesday 11 February 2014

Atasi Hidung Tersumbat Ketika Hamil

Posted by Unknown at 11:45
 ATASI HIDUNG TERSUMBAT KETIKA HAMIL 

Hidung tersumbat atau berair walaupun tidak menghidap selesema adalah masalah biasa ketika hamil. Ia di panggil rhinitis kehamilan dan ia dikatakan menjejaskan sekurang-kurangnya 20% peratus bakal ibu. Gejala yang ditunjukkan ialah hidung akan berasa gatal dan anda mungkin kerap bersin.

Rhinitis kehamilan boleh bermula pada bila-bila masa semasa kehamilan. Tetapi ia biasanya akan menjadi lebih teruk menjelang bayi dilahirkan. Tidak mustahil ibu hamil merasa seolah-olah menghidap selsema sepanjang sembilan bulan.

PUNCA HIDUNG TERSUMBAT
• Disebabkan oleh hormon-hormon 
Hormon estrogen dan progesteron dalam badan menyebabkan salur-salur darah dalam hidung anda terbuka luas. Ini mungkin salah satu penyebab kepada masalah rhinitis.
• Alahan dan tidak disebabkan oleh alahan 
Jika anda merokok, sensitif terhadap habuk dan hama atau mempunyai sebarang alahan lain, maka anda lebih berkemungkinan mengalami rhinitis akibat alahan.

CARA MELEGAKAN RHINITIS
1. Bernafas dalam wap sebelum anda masuk tidur.

Caranya :
• Isi mangkuk dengan air panas
• Tutup kepala anda dengan sehelai tua dan tunduk menghadap mangkuk berwap tadi
• Tarik nafas dan hembus beberapa kali
• Kaedah ini dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat, melancarkan pernafasan dan membolehkan anda bernafas dengan lebih baik. Mandian hangat juga boleh membantu.

2. Semburan air laut atau semburan saline
Anda boleh meminta ahli farmasi mengesyorkan produk yang sesuai. Jika ingin menyediakannya di rumah sendiri, ikuti cara ini:
• Ambil segelas air masak yang sejuk
• Tambah sedikit garam dan serbuk penaik, dan kacau hingga sebati
• Tuang sedikit campuran ini ke atas tapak tangan dan sedut melalui hidung. Ulangi sekurang-kurangnya tiga kali bagi setiap lubang hidung
• Gunakan lebihannya untuk berkumur

3. Mengambil ubat
Sentiasa periksa dengan doktor sebelum mengambil sebarang ubat semasa hamil. Jika benar-benar rasa terseksa, ada beberapa ubat yang boleh anda cuba.

• Gunakan setengah ubat untuk asma dan demam selsema. Rawatan pertama untuk masalah ini biasanya ialah semburan hidung yang mengandungi steroid
• Jika tidak berkesan, doktor mungkin mengesyorkan antihistamin, untuk membantu mengurangkan kebengkakan. Ubat ini diambil melalui hidung dan anda perlu mengambilnya kira-kira empat kali sehari untuk memastikan keberkesanannya
• Ambil dos yang paling rendah yang dapat memberi kelegaan untuk jangka masa yang paling pendek
• Anda tidak harus mengambil ubat-ubat tanpa preskripsi, Ubat-ubatan ini diragui keselamatannya dan keberkesanannya jika di ambil semasa hamil. Walaupun simptom-simptom seperti ini sangat menrisaukan, ingatlah bahawa ia tidak akan menjejaskan bayi anda ia seharusnya hilang selepas anda bersalin.

Namun apa yang penting segeralah dapatkan rawatan doktor sekiranya keadaan membimbangkan..Semoga bermanfaat bagi sesiapa yang mengalaminya..Jagalah kesihatan anda…


0 comments :

Post a Comment

 

Blog Baby Studio | Tips Kesihatan dan Keibubapaan | Produk Kanak-kanak Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting