Sunday 16 February 2014

8 Cara Untuk Jadikan Anak Superbaby

Posted by Unknown at 14:27
8 Cara Untuk Jadikan Anak Superbaby

Siapa tak nak anaknya bijak dan genius kan ? kita semua boleh berusaha untuk jadikan anak kita genius dan seterusnya mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah.

TATACARA DALAM MENDIDIK ANAK GENIUS.
“cuma ada ibu bapa yang tidak prihatin atau tidak mahu ajar anak merangsang anak untuk memenuhi keinginan ini. Jadi kepintaran yang ada tidak digunakan sepenuhnya untuk menerokai apa yang ingin diketahui dan dipelajari menyebabkan kepintarannya terbantut begitu sahaja. Sebab itulah ada kes, semasa kecil seseorang kanak-kanak itu dikatakan genius tetapi bila meningkat remaja dan dewasa, kegeniusan ini hilang begitu saja kerana tidak ada rangsangan berterusan dari ibu bapa. 

Diantara tatacara yg berkesan dalam mendidik anak menjadi genius ialah:
·         Doa ibu bapa

Sebagai ibu bapa doa sangat penting kerana hanya Allah tempat kita memohon agar anak2 yang dilahirkan sentiasa dalam perlindungannya, diberikan kecerdasan akal, akhlak mulia, mendengar kata dan berbudi pekerti. Bila pakej ini ada dalam diri seseorang dari kecil, tidak mustahil anak itu boleh menjadi genius sebagaimana yang diharap oleh ibu bapa dalam doanya, pun begitu, pastikan doa yang dilakukan dengan niat ikhlas ,tulus penuh rendah diri kepada Yang Maha Esa.
  • Didik secara bersungguh-sungguh .
Anak genius adalah seorang anak yang suka mencari ilmu, sentiasa bertanya ,berfikir dan sentiasa mempunyai naluri ingin tahu dalam dirinya, jika ibu bapa mengenal pasti potensi ini dari awal, maka itu petanda anak itu boleh dirangsang menjadi genius. Maka ibu bapa haruslah bersungguh2 untuk mendidik ,menggalak dan merangsang keperluan ini dan membimbing potensi yang ada supaya tidak di salahgunakan kepada yang tidak baik, sebab itulah ibu bapa harus tegas dalam memantau pembelajaran anak. namun pantauan mestilah penuh berhemah dan kasih sayang.
  • Terima anak seadanya.
Bukan semua impian dan harapan untuk mendapat anak genius itu menjadi kenyataan .oleh itu jangan meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap anak, malah setiap anak itu tidak sama kepintaran dan kelebihan yang dimiliki. terimalah anak seadanya. Ibu bapa perlu bentuk suasana rumah tangga yang boleh merangsang otak anak. contohnya, melalui warna dinding ,barang permainan dan perhiasan rumah. semua ini, ada maksud tertentu. bapa misalnya boleh bercakap dengan anak, kenapa dia meletakan meja di sudut tertentu. Jelaskan sebabnya kerana ia mengarah kiblat, Atau papa cat bilik warna hijau adalah untuk memberikannya suasana lebih santai dan tenang dan kreatif berfikir.
  • Amalkan pemakanan seimbang & gaya hidup sihat.
Otak cergas datang dari badan dan makanan sihat, Anak genius tidak makan makanan ringan. Galakan atau lakukan bersama anak rutin melakukan senaman, riadah dan bersukan .
  • Sentiasa mengekalkan hubungan rapat dengan anak.
Sebagai ibu bapa, hubungan dengan anak mestilah rapat mesra dan harmoni dalam kehidupan berkeluarga dan saling memerlukan, bertimbang rasa, bertolak ansur dan memahami satu sama lain walaupun dengan anak.
  • Menjalin hubungan rapat dengan guru
Sentiasalah mengadakan hubungan rapat dengan guru, jadi guru akan menyayangi dan mengambil berat pada anak kita. Sentiasa tolong menolong dan berbincang dengan guru tentang pelajar dan perilaku anak di sekolah.
  • Perlu satu institusi khas dan kumpulan sokongan.
Untuk melahirkan lebih ramai anak genius, satu institusi perlu dibentuk untuk merangsang anak menjadi hebat dan perlu ada kumpulan sokongan untuk anak pintar.

Sebagai ibu bapa haruslah sentiasa prihatin terhadap segala gerak geri dan perilaku anak kita.

0 comments :

Post a Comment

 

Blog Baby Studio | Tips Kesihatan dan Keibubapaan | Produk Kanak-kanak Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting