Kenali Tanda
Awal Bersalin
Ketahui
tanda-tanda bersalin dan apa yang akan doktor lakukan bagi memastikan tubuh
anda bersedia untuk proses kelahiran seperti yang dinyatakan oleh Dr. Siti Esah
Bahari dari Selangor Medical Centre.
Di
penghujung kehamilan, setiap ibu hamil akan melalui beberapa tanda yakni
petunjuk bahawa masa untuk melahirkan sudah hampir tiba. Ramai yang cemas dan
tertanya-tanya apakah tanda yang dialami benar-benar tanda bersalin atau
sebaliknya. Oleh yang demikian, perlu anda ketahui bahawa hanya terdapat tiga
tanda bersalin. Tanda-tanda yang dimaksudkan ialah:
1. Show
Ini
merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya dalam bentuk lendir ataupun darah.
Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu tergesa-gesa bergegas ke
hospital. Hal ini kerana tanda sebegini mengambil masa hampir beberapa hari
sebelum anda perlu melalui proses bersalin.
2. Kontraksi
Dalam
keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada
kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya
perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila
anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk
mendapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya
berlaku, (sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian
45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah
kontraksi.
3. Air ketuban pecah
Kebiasaannya
keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang
banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar seharusnya jernih dan tidak
berwarna. Namun, jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun
membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan. Apabila mengalami tanda
seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk
pemeriksaan lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan
jangkitan kuman.Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan
air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tidak, untuk
pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang
air kecil.
Amaran!!!
Walaupun
ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu
segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dibimbangi bayi
lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali
bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah
ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.
Rutin pemeriksaan
1. Vaginal examination
Pemeriksaan
ini penting bagi mengetahui sama ada ibu hamil sudah benar-benar bersedia untuk
proses kelahiran ataupun tidak. Biasanya, pemeriksaan ini dilakukan setiap dua
hingga empat jam. Apabila semakin hampir 10 cm, pemeriksaan lebih kerap
dilakukan.
2. Cardiotopograph
Pemeriksaan
yang turut dikenali sebagai CTG ini dilakukan untuk memeriksa kekerapan
kontraksi.
3. Pemeriksaan tekanan darah
Pemeriksaan
ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini sewaktu
proses kelahiran.
4. Palpation
Doktor
akan memegang dan memeriksa kedudukan bayi di abdomen ibu bagi mengetahui
kedudukannya normal ataupun sebaliknya.
Proses kelahiran
1. Dari permulaan pembukaan pangkal rahim sehingga 10 cm
Dalam
pada itu, peringkat ini terbahagi kepada dua:
·
Senyap (latent)
Pada
peringkat ini pangkal rahim akan mula menipis dan membuka sehingga 3 cm.Ia
mengambil masa yang lama. Malah, ada yang mengambil masa sehingga beberapa
hari. Biasanya jika anda mengalami tanda show dan
serviks tidak terbuka, doktor biasanya akan mengizinkan anda pulang ke rumah.
·
Aktif
Peringkat
ini bermula apabila serviks mencecah 3 cm. Inilah masanya anda ditahan di bilik
bersalin. Proses pembukaan serviks akan bermula pada kadar yang cepat. Biasanya
ia mengambil masa antara lapan jam (anak pertama) dan empat jam (lebih daripada
seorang anak). Semakin ramai bilangan anak, semakin cepat serviks membuka.
Kontraksi turut menjadi semakin kerap. Pada suatu ketika, kontraksi berlaku
setiap 3 minit dan paling akhir setiap 40 saat.
2. 10 cm sehingga bayi keluar
Bagi
kelahiran anak pertama, ia mengambil masa paling maksimum sejam untuk
melahirkan anak. Walau bagaimanapun, jika anda tidak melahirkan anak selepas
sejam, doktor akan menggunakan alat bantuan seperti vakum atau forsep. Jika
masih gagal, pembedahan segera akan dilakukan. Hal ini perlu kerana kepala bayi
sudah pun berada di dalam tulang pelvis. Jika terlalu lama bayi akan kekurangan
oksigen dan dikhuatiri berlaku komplikasi yang lain pula.
3. Uri dikeluarkan
Walaupun
bayi telah selamat dikeluarkan dari rahim, namun mengeluarkan uri adalah lebih
penting kerana jika tidak dilakukan dengan sempurna boleh membahayakan nyawa
ibu. Doktor akan memberi ubat yang dikenali sebagai syntometrine bagi mengecutkan rahim.
Setelah itu, uri dikeluarkan menggunakan kaedah control cord traction. Cara ini
dapat mengurangkan risiko tumpah darah.
Info
Ubat membuang najis
Ubat yang biasanya diberi kepada ibu hamil sebaik tiba di bilik bersalin dikenali sebagai enema. Suatu ketika dahulu, mereka memang digalakkan menggunakan ubat ini tetapi pada hakikatnya ia tidak bagus kerana boleh melukakan dubur. Namun, jika tidak diberi pula, dikhuatiri najis akan keluar bersama ketika proses meneran. Untuk itu, doktor akan memberi enema dalam jumlah yang kecil, biasanya glycerine. Ubat ini dapat memberikan keselesaan kepada anda dan paling penting tidak melukakan dubur. Namun, jika anda memaklumkan sudah membuang air besar ataupun mengalami cirit-birit, ubat ini tidak akan diberi.
Ubat yang biasanya diberi kepada ibu hamil sebaik tiba di bilik bersalin dikenali sebagai enema. Suatu ketika dahulu, mereka memang digalakkan menggunakan ubat ini tetapi pada hakikatnya ia tidak bagus kerana boleh melukakan dubur. Namun, jika tidak diberi pula, dikhuatiri najis akan keluar bersama ketika proses meneran. Untuk itu, doktor akan memberi enema dalam jumlah yang kecil, biasanya glycerine. Ubat ini dapat memberikan keselesaan kepada anda dan paling penting tidak melukakan dubur. Namun, jika anda memaklumkan sudah membuang air besar ataupun mengalami cirit-birit, ubat ini tidak akan diberi.
Menyentuh
tentang situasi bersalin di dalam tandas, hal ini biasanya berlaku kepada ibu
yang beranak ramai. Ini kerana kontraksi yang dialami tidak lagi sekuat ibu
yang hamil anak sulung. Oleh kerana itulah masalah ini jarang berlaku kepada
ibu yang pertama kali melahirkan. Sehubungan itu, rasa kontraksi dan gesaan
membuang air besar adalah sama. Jadi, berhati-hatilah jika anda keliru. Untuk
kepastian, segeralah ke hospital.
0 comments :
Post a Comment