Tekanan darah tinggi boleh meningkatkan degupan jantung anda dan menyebabkan masalah semasa mengandung. Ada wanita yang mempunyai tekanan darah tinggi sebelum mereka hamil. Lain-lain mempunyai tekanan darah tinggi untuk pertama kalinya semasa mengandung. Kira-kira 8 dalam 100 wanita (8 peratus) mempunyai beberapa jenis tekanan darah tinggi semasa mengandung.
Tanda-tanda
1) Gangguan penglihatan seperti kabur dan silau yang mana berikutan dari vaso spasm (salur darah yang tegang) dan retina berdarah
2) Sakit kepala yang teruk dan pening berikutan tekanan darah yang tinggi dan cerebral oedema.
3) Bahagian tubuh badan yang sakit dan sering muntah berikutan pembengkakan hati dan radang.
4) Bengkak pada muka, tangan dan kaki.
5) Peningkatan berat badan yang mendadak berikutan air yang disimpan dalam badan berlebihan.
6) Hyperproteinurea (air kencing yang mengandungi protein)
Kesan Terhadap bayi
1. Berlaku ‘placental abruptio’ berikutan pengasingan placenta dari dinding rahim sebelum bersalin yang mana menyebabkan pendarahan faraj dan pendarahan dalam badan yang mendorong kepada kes kematian dan kecacatan bayi
2. Pertumbuhan dalam rahim yang terencat yang mana berikutan pencerutan salur darah yang membawa oksigen dan nutrisi kepada bayi. Tumbesaran bayi akan terencat menyebabkan berat badan bayi ringan. Bayi memerlukan bantuan pernafasan dan sokongan incubator selepas dilahirkan.
3. Kematian dalam rahim (IUD) yang mana disebabkan berlaku ‘plancental abruption’, masalah plancental tidak mencukupi dan tali pusat yang terhimpit.
4. Kelahiran pramatang berlaku berikutan kelahiran yang mendadak. Kelahiran elektif pramatang kadangkala dilakukan untuk mengelakkan ibu dan bayi mendapat komplikasi.
5. Penyedutan najis; Kadangkala bayi akan melepaskan najis sebelum sempat dilahirkan, penyedutan najis oleh bayi itu sendiri akan berlaku menyebabkan kerosakan paru-paru.
Kesan Terhadap Ibu Hamil
a) Kadangkala boleh membawa kepada kematian atau koma jika berlaku keadaan ‘eclampsia’ (tidak boleh bergerak) yang mana disebabkan oleh pembengkakan dibahagian otak (cerebral oedema).
b) Berlaku stroke jika terdapat pendarahan dibahagian otak.
c) Kegagalan hati.
d) Pembengkakan hati yang kadangkala membawa kepada kegagalan hati berfungsi
e) Kegagalan hati.
Langkah-langkah pencegahan
• Anda boleh mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
• Langkah-langkah ini termasuklah mengekalkan berat badan sihat, sentiasa aktif, mengamalkan diet yang sihat dengan membanyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan tenusu rendah lemak, memilih dan menyediakan makanan rendah kandungan garam dan sodium.
Cadangan Suplemen untuk Darah Tinggi
Vivix- mengimpak 4 mekanisme utama penuaan sekular
Omega Guard - melancarkan perjalanan darah, menghalang pembekuan
Vita E - difisiensi selenium berkait pada penyakit jantung (tekanan darah tinggi boleh menyebabkan komplikasi pada jantung juga)
Lecithin - mengemulsi lemak
Garlic - merendahkan tekanan darah
ESP - menurunkan tahap kolesterol
B comp - meredakan stress.
Ostematrix - kekurangan kalsium berkait dengan tekanan darah tinggi, regulasi jantung
Vit C sustained Release - menghalang pembekuan darah
0 comments :
Post a Comment