Pernah tak beri perhatian terhadap kebersihan mulut dan lidah bayi?? kalau nak tahu, sebenarnya penjagaan mulut bayi ni sangat penting,. Buat ibu bapa baru, mungkin kedengaran seperti sesuatu yang pelik, sebab bayi hanya minum susu…
Salah tau pendapat itu, seperti orang dewasa, bayi dan kanak-kanak juga perlu menjaga kebersihan mulut. Kalau tak dijaga dan dibersihkan dengan betul, lidah dan mulut bayi boleh dijangkiti kulat.. ye sama macam ulser pada mulut orang dewasa..
‘Thrush’ adalah jangkitan kulat pada mulut yang bayi dialami oleh ramai bayi kecil. Ianya tidak sakit, tetapi boleh mengganggu bayi anda waktu ia menyusu atau makan. Tetapi jika anda mengalaminya, ia boleh terasa amat sakit.
Jika bayi anda mempunyai beberapa bintik-bintik putih, atau lapisan, diatas lidah, langit-langit mulut mereka, dan di bahagian dalam pipi mereka, kemungkinan ianya adalah ‘thrush’. Ianya adalah jangkitan kulat yang sering muncul pada bayi. Ianya tidak sakit, tetapi pada kes yang teruk, ia boleh mengganggu bayi ketika mereka sedang menyusu atau makan.
Cara mengubati keputihan dimulut
~ Anda boleh membantu untuk menyembuhkannya dengan melilitkan kain balutan kasa di jari anda, kemudian celupkannya dalam teh chamomile, air mineral berkarbonat atau air garam, dan gosokkan pada selaput lendir di mulut bayi anda.
Keperitan menyusu badan dengan ‘thrush’
~ Jika anda mengalami ‘thrush’ pada puting anda, ia boleh membuatkan proses menyusui bayi amat menyakitkan, dan mengakibatkan rasa sakit seakan terbakar, menyengat dan gatal. Anda juga boleh dijangkiti ‘thrush’ pada bahagian vagina.
~ Berbincanglahlah dengan doktor, bidan, jururawat atau perunding laktasi tentang rawatannya, jika anda mengalami gejala-gejala tersebut. Adalah penting bagi anda dan bayi anda untuk mendapatkan rawatan.
~ Jika anda mempunyai gejala-gejala tersebut, tetapi ia tidak menyakitkan, berikan puting rawatan yang sama seperti mulut bayi anda. Keputihan di mulut bayi sering disusuli oleh jangkitan kulat disebelah bawah mulut mereka, apabila jangkitan melepasi sistem pencernaan mereka. Ini boleh mengakibatkan sedikit kegatalan.
Meminimumkan risiko ‘thrush’
~ Jika anda dapati sukar untuk menghilangkan lapisan keputihan tersebut, berbincanglah dengan doktor anda. Jika anda memberi bayi anda susu botol, anda boleh meminimumkan risiko jangkitan dengan memastikan botol susu bayi anda bersih, dan disterilkan di dalam air mendidih setiap hari.
~ Dan memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang meletakkan puting botol bayi anda ke dalam mulut mereka, sebelum diberikan kepada bayi anda.
Semoga sedikit info ini dapat memberi manfaat kepada semua... :)
“Creating Healthy Families…”




0 comments :
Post a Comment