Friday, 10 January 2014

Tip Penyusuan Untuk Ibu Bekerjaya

Posted by Unknown at 12:47
 Tips Penyusuan Untuk Ibu Berkerjaya 

Susu ibu adalah ciptaan Ilahi yang sememangnya memenuhi khasiat yang cukup untuk tumbesaran bayi. Namun ada di kalangan kita yang masih ragu-ragu untuk menyusukan anak dengan susu ibu disebabkan kurangnya ilmu mengenai penyusuan susu ibu.

Di sini disertakan tips-tips yang boleh dijadikan panduan untuk menjayakan penyusuan susu ibu terutamanya kepada ibu-ibu yang berkerjaya

1. Timba ilmu sepanjang masa
~ Sebaik-baiknya sejak dari awal usia kehamilan, anda sudah pun memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahirannya. Dalam masa yang sama, anda dan suami digalakkan untuk menyertai mana-mana kelas persediaan penyusuan susu ibu yang kini banyak dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor laktasi bertauliah. Setelah selamat melahirkan bayi, anda perlu menanam sikap rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yang banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu.

2. Mulakan dengan betul
~ Dalam usaha menyusukan bayi, anda perlu belajar dan mempraktikkan ilmu yang diperolehi. Untuk itu, keraplah menyusukan bayi. Hal ini penting untuk membantu anda mengaplikasikan posisi penyusuan yang selesa dan pada masa yang dapat memastikan bayi melekap dengan betul. Ingatlah, bahawa salah satu intipati kejayaan penyusuan susu ibu bergantung kepada kekerapan penyusuan. Untuk itu, anda harus menyusukan bayi mengikut keperluannya. Selanjutnya, anda digalakkan untuk tidur bersama bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk menyusukan bayi pada masa-masa yang diinginkannya.

3. Simpan stok susu
~ Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang ketiadaan anda ketika bekerja, pastikan stok perahan susu ibu yang ada memenuhi keperluannya. Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang bukan sahaja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang.
4. Peralatan penyusuan berkaitan
~ Anda tidak perlu membazirkan wang yang ada untuk membeli peralatan penyusuan tertentu yang kadang kala tidak diperlukan langsung. Lebih baik wang itu diperuntukkan untuk kegunaan lain yang lebih penting. Jika keliru tentang peralatan penyusuan yang benar-benar perlu dimiliki, anda boleh bertanya dan merujuk kepada para ibu lain yang telah berjaya menyusukan bayi masing-masing. Kongsi pengalaman mereka dan jadikan ia panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat untuk diri dan si manja.

5. Bincang dengan majikan
~ Amat penting untuk anda mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pihak majikan bagi membolehkan anda menggunakan sedikit waktu daripada masa kerja untuk melakukan rutin memerah payu dara. Ini bagi mengelakkan sebarang isu tidak puas hati antara kedua-dua belah pihak.

6. Perah susu di pejabat
~ Anda amat digalakkan untuk memahirkan diri mengamalkan teknik Marmet ketika memerah payu dara. Namun, jika pam payu dara menjadi pilihan, gunakan pam yang bersesuaian dengan corak kerja anda. Hal ini penting untuk memastikan rutin mengumpul stok perahan susu ibu berjalan lancar tanpa perlu menghadapi banyak masalah.
~ Sekiranya bekerja 8 jam sehari, anda digalakkan untuk memerah payu dara sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sepanjang tempoh berkenaan. Bagi yang perlu bekerja untuk tempoh masa yang lebih lama daripada itu pula, tingkatkan kekerapan sesi memerah payu dara.

7. Kurangkan tekanan
~ Sememangnya tugasan pejabat agak melelahkan dan boleh membuatkan anda tertekan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas. Dengan melakukan rutin memerah payu dara, anda akan lebih tenang! Ini kerana hormon yang dirembeskan ketika itu menimbulkan ketenangan. Pasti prestasi kerja anda lebih efektif apabila kembali melakukan tugasan pejabat. Tambah tenang lagi jika sewaktu memerah payu dara, anda memandang potret gambar si manja.

8. Makan secara sihat
~ Salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif ialah menjaga dengan teliti corak pemakanan seharian. Oleh itu, jangan sesekali mengetepikan waktu makan utama iaitu sarapan, tengah hari dan malam. Makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Anda digalakkan untuk makan di antara waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat seperti buah-buahan segar dan sebagainya.

9. Ikut keperluan bayi
~ Dalam apa jua amalan yang ingin dipraktikkan, pasti akan timbul masalah. Jangan khuatir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda berhadapan dengan masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan luang lebih banyak masa untuk menyusukan bayi secara eksklusif.

Apa yang penting bagi menjayakan penyusuan susu ibu bekerja ini adalah kesihatan ibu. Ibu perlu jaga kesihatan fizikal dan emosi. Kadang-kadang kerana letih bekerja atau stress di pejabat, ini akan menganggu rutin mengepam ibu. Hasilnya susu ibu akan semakin berkurang. Ada yang ambil jalan singkat. Terus berikan susu formula kepada bayi. Ingat amanah menyusukan anak adalah hingga 2 tahun. Kecuali ibu ada mudarat yang tak dapat dielakkan. 

Ibu perlu jaga pemakanan dan jalani gaya hidup yang sihat. Jika boleh dapatkan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan ibu. Maklumlah tinggal di hutan batu, pencemaran sana sini. Dengan makanan tambahan, insyaallah dapat mengurang risiko ibu terkena sakit. Dan akhirnya beri kesan kepada penyusuan. Jangan dah terhantuk baru terngadah. Sediakan payung sebelum hujan. 

Set Penyusuan Shaklee insyaallah akan membantu ibu dalam menjaga kesihatan fizikal dan emosi. Percayalah ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang sihat. Jadi bayi pun akan membesar dengan sihat dan ceria.

Untuk dapatkan harga istimewa Set Penyusuan Shaklee, segeralah hubungi saya.Pn Masliza 0137723220, Pakar ubat-ubatan dan supplements anda. Terima kasih

Semoga dengan tips-tips yang telah diberikan, ibu-ibu dapat melaksanakan penyusuan susu ibu dengan jayanya..:)

0 comments :

Post a Comment

 

Blog Baby Studio | Tips Kesihatan dan Keibubapaan | Produk Kanak-kanak Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting