TIP: Ajak Anak Anda Makan
Bagi ibu bapa baru memang bukan perkara mudah hendak menyuruh anak
kecil makan. Kanak-kanak amat suka kepada perkara yang menarik dan dekat dengan
mereka. Karektor kartun, warna-warni dan lucu antara yang dekat dengan rutin
harian mereka.
Untuk memastikan anak-anak mendapat khasiat yang sewajarnya bagi
membantu tumbesaran fizikal dan mental yang sihat, papa dan mama perlu memujuk
mereka mengambil hidangan. Jika anak dalam kategori sukar makan atau
memilih makanan yang dihidang, mereka berkemungkinan akan menghadapi masalah
kurang nutrisi serta berisiko mendapat masalah kesihatan lain.
Berikut antara beberapa cara yang ibu bapa boleh amalkan untuk
menarik minat si manja untuk makan.
1. Sediakan hidangan makanan yang dihias menarik dan warna-warni.
2. Berkreatiflah ketika menghidangkan makanan. Misalnya buat
bentuk karektor kartun yang mereka minati menggunakan bahan-bahan makanan
tersebut. Anda boleh mencari pelbagai idea kreatif hidangan makanan kanak-kanak
di pelbagai laman web.
3. Mempelbagaikan kaedah memasak seperti panggang, kukus, bakar,
goreng dan sebagainya yang boleh membangkitkan bermacam-macam rasa, bau dan
rupa yang menarik.
5. Gunakan sos untuk menyembunyikan rasa yang mungkin tidak
digemari anak anda.
6. Anda boleh mencuba makanan yang disediakan di hadapan anak dan
tunjukkan ekspresi bahawa ia benar-benar sedap!
7. Potong makanan kepada bentuk yang kecil-kecil untuk memudahkan anak-anak memakan dan mengunyahnya.
7. Potong makanan kepada bentuk yang kecil-kecil untuk memudahkan anak-anak memakan dan mengunyahnya.
9. Penggunaan pinggan mangkuk yang menarik dengan karektor kartun
dan berwarna-warni turut membantu mereka untuk menjamah hidangan yang
disediakan.
10. Sediakan makanan pada suhu yang sesuai, tidak terlalu panas
dan tidak pula terlalu sejuk.
Apalagi cubalah praktikkan dengan anak-anak anda. Apa yang penting jangan mudah berputus asa. Selamat Mencuba….
0 comments :
Post a Comment