Sunday, 12 January 2014

Resepi Bayi 6-8 bulan yang terbaik

Posted by Unknown at 12:26
 Resepi Bubur Nasi, Stew Epal, Lobak Kukus, Bubur Nasi + Tauhu + Kacang Pis

~ Pada usia 6-8 bulan, sistem penghadaman bayi baru matang. Tekstur makanan paling sesuai ialah cair, puri, kisar atau lenyek. Beri makanan pepejal 2-3 kali sehari disertai dengan susu ibu 5-6 kali sehari. Namun begitu, ibu bapa harus pelbagaikan jenis makanan untuk bayi meliputi beberapa jenis kumpulan makanan iaitu bijirin, sayur, buah serta protein.

~ Walaupun makanan harus dipelbagaikan, ibu bapa perlu memperkenalkan hanya satu makanan pada satu masa. Sebagai contoh, mulakan dengan puri avokado. Setelah si manja dapat membiasakan diri dengannya, perkenalkan makanan kedua daripada kumpulan makanan yang lain pula. Tunggu selama 4 hari selepas memperkenalkan makanan baru; ini akan membantu menentukan sama anda si manja gemarkan makanan yang baru diperkenalkan dan membolehkannya membiasakan diri dengannya.


Berikut ialah cadangan resepi untuk kumpulan makanan bijirin, buah, sayur dan protein yang sesuai untuk bayi 6-8 bulan.

1) Kumpulan Bijirin
Bubur Nasi (Hidangan dua orang)
• 25 g (¼ cawan) beras, dikisar halus
• 450 ml (1¾ cawan) air

Cara memasak
1. Didihkan air. Masukkan beras yang dikisar halus, kacau dari semasa ke semasa.
2. Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.
3. Hidangkan semasa panas.

Cadangan
• Untuk menambah khasiat, beras putih boleh digantikan dengan beras perang (mengandungi Vitamin B dan serat)
• Tambahkan susu ibu ke dalam bubur.

2) Kumpulan Buah-buahan
Stew Epal (Hidangan dua orang)
• 100 g (1 biji) epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana.
• 250 ml (1 cawan) air

Cara memasak
1. Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
2. Masukkan buah epal ke dalam periuk.
3. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
4. Lenyek epal dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri.

Cadangan
• Hidang bersama susu ibu
• Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah pir.

C) Kumpulan Sayur-sayuran
Lobak kukus (hidangan dua orang)
• 60 g (½ cawan) lobak merah
• Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak
1. Masukkan lobak merah ke dalam pengukus atau set penapis dan letakkan di atas air mendidih.
2. Kukus selama 15 minit atau sehingga lembut.
3. Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya
4. Lenyek lobak merah sehingga menjadi puri.

Cadangan
• Hidangkan dengan bubur nasi atau susu ibu sebelum hidang.
• Lobak merah juga boleh digantikan dengan bayam, labu atau daun sawi.
• Puri sayur-sayuran boleh dimasukkan ke dalam sup sayur-sayuran

D) Gabungan Kumpulan (Sayur, Protein dan Bijirin)
~ Anda disarankan untuk memberi makanan berasaskan bijirin, buah-buahan dan sayuran kepada bayi anda selama beberapa minggu sebelum memperkenalkan makanan daripada sumber protein seperti daging, ayam atau ikan.

~ Dengan memperkenalkan makanan daripada sumber protein anda bolehlah menggabungkan makanan tersebut dengan kumpulan sayuran atau bijirin seperti berikut:



Bubur Nasi dengan Tauhu dan Kacang Pis
(Hidangan untuk 2 orang)
• 25 g (2 sudu makan) beras
• 25 g (1 sudu makan) tauhu, dicincang
• 15 g (1 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit
• 500 ml (2 cawan) stok ayam rebusan sendiri


Cara memasak
1. Masak nasi dengan menggunakan rebusan stok ayam
2. Apabila bubur telah siap, masukkan kacang pis (lenyekkan jika perlu),
3. Renehkan dengan api perlahan selama 5 minit.
4. Masukkan tauhu sebelum memadamkan api.
5. Sejuk dan lenyekkan sebelum hidang.

Selamat Mencuba..

0 comments :

Post a Comment

 

Blog Baby Studio | Tips Kesihatan dan Keibubapaan | Produk Kanak-kanak Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting