~ Apabila berbicara mengenai penyakit tiroid atau kelenjar di leher, ramai membayangkan ia benjolan bengkak pada bahagian itu. Namun tahukah anda tidak semua pesakit tiroid menunjukkan tanda bengkak pada bahagian itu?
~ Ia juga tiada tanda awal seperti rasa kurang selesa atau sakit yang biasa dirasai misalnya penyakit gastrik yang akan berasa pedih pada hulu hati. Pun begitu, ia dapat dikesan apabila seseorang itu kerap berpeluh, menggeletar, kuat makan, mudah marah dan lain-lain.
~ Tiroid adalah kelenjar endokrin berbentuk seakan-akan rama-rama dan mengeluarkan hormon tiroksin atau T4 dan liothyronine atau T3 yang sangat penting bagi kesihatan badan secara keseluruhan. Tiroid terletak di pangkal leher dan depan saluran pernafasan (trakea) serta saluran makanan. Hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama terhadap berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.
** Perunding Perubatan Endokrinologi Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Lim Soo San berkata, ada dua jenis tiroid iaitu hipertiroid dan hipotiroid yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki.
“Empat nisbah satu gejala tiroid menyerang golongan wanita berusia 20-an ke atas kerana sebab dan alasan yang masih tidak diketahui hingga kini.
“Kebanyakan masyarakat pula masih tidak mengambil serius penyakit ini yang dirasakan tidak penting berbanding penyakit lain. “Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera, apatah lagi kepada ibu mengandung serta bayi dalam kandungan yang turut menyebabkan keguguran janin, kelahiran pramatang, janin bersaiz kecil, craniosynostosis dan seumpamanya,” katanya, baru-baru ini.
~ Dianggarkan 200 juta penduduk dunia mengalami masalah ini tetapi masih ramai tidak mendapatkan rawatan kerana gejala ini dianggap biasa serta tidak berbahaya. Kira-kira 10 hingga 20 peratus wanita berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah ini dan meningkat kepada 15 hingga 20 peratus apabila mencecah usia 60 tahun manakala lelaki berusia 60 tahun ke atas, catatan kes hanya sekitar lima hingga 10 peratus.
Apakah hipertiroid?
Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif dikenali sebagai hipertiroid. Biasanya ia disebabkan penyakit auto imun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin.
Simptom hipertiroid:
1) Hilang berat badan
2) Kerap buang air besar
3) Sering berpeluh
4) Berdebar
5) Menggeletar
6) Penglihatan terjejas
7) Lumpuh kaki, terutama lelaki
8) Perbezaan pada jari tangan dan kulit di bahagian betis
9) Bertambah selera makan
Rawatan hipertiroid
Rawatan penyakit lazimnya melalui ubat-ubatan. Ada juga pesakit diberi rawatan radioaktif iodin, terutama bagi kes nodular goiter dan adenoma toksik, tetapi jarang yang memerlukan pembedahan.
Apakah hipotiroid?
Hipotiroid disebabkan penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioaktif iodin. Ia berlaku kerana kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik di samping tidak mampu dihasilkan secukupnya.
Simptom hipotiroid:
1) Kaki bengkak
2) ngatan terganggu
3) Lembap
4) Malas
5) Kuat tidur
6) Badan sering terasa sejuk
7) Boleh merosakkan jantung jika tidak segera dirawat
Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil tiroksin seumur hidup yang selamat dan tiada kesan sampingan.
>> Biasanya ia berlaku di kalangan bayi disebabkan tiroid mereka tidak berfungsi secara normal. Di Barat, bayi yang mengalami masalah ini biasanya dikenal pasti selepas dilahirkan kerana negara berkenaan menjalankan ujian penyaringan ke atas setiap bayi.
Lazimnya bayi yang ada masalah tiroid menunjukkan tanda seperti sukar bernafas, sukar menyusu, hernia pada pusat, kelihatan biru, jaundis, serta lewat tumbesaran. Secara purata, seorang daripada 4,000 bayi dilahirkan menghadapi masalah tiroid tidak berfungsi.
Apakah supplement
Shaklee yang menjadi pilihan utk pesakit tiroid ini???
bagi yg jenis HYPER
= VIVIX
= ESP
ESP
- mengandungi protein
soya yg mempunyai estrogen
- Kajian mendapati
estrogen boleh mengahalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan
paras hormon tiroid dalam badan.
- ini berguna utk
pesakit hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid
- boleh menyebabkan
kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme
(kurang hormon tiroid)
bagi yg jenis HYPO
= VITALEA
= VIT E COMPLEX
= OMEGA GUARD
= B COMPLEX
VITALEA
- Multivitamin yg
mempunyai semua vitamin baik seperti iodin, vit a,d,e, b2,b3 dan zinc sangat
sesuai untuk pesakit hipotiroidisme
- Sumber iodin (sumber
kekurangan iodin adalah punca penyakit hypotiroidisme)
- vitamin a, d menmbah
keberkesanan t3 (hormon tiroid yg aktif)
- vitamin b2,b3 dan b6
berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid
- zinc diperlukan dalam
penghasilan tiroksin atau t4(hormon tiroid yg tidak aktif) dalam kelenjar
tiroid dan proses penukaran t4 kpd t3 (hormon tiroid aktif)
VITAMIN E
- Mengandungi 10mg
selenium semulajadi
- selenium diperlukan
utk penukaran kepada t3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu
penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel
tiroid dalam badan).
Jika anda mempunyai masalah berkenaan ubat-ubatan dan mencari supplement dalam membantu mencegah penyakit ini, hubungi/sms saya Pn Masliza 0137723220.








0 comments :
Post a Comment