Wednesday, 22 January 2014

Atasi Alahan Ketika Hamil Dengan Shaklee

Posted by Unknown at 15:53
ALAHAN SEMASA HAMIL
Wanita hamil biasanya me­ngalami alahan dalam trimester pertama (tiga bulan pertama) dan sering dikaitkan dengan muntah, pening kepala dan perut berasa sebu serta tidak selesa. Keadaan ini berlaku terutamanya ketika bangun tidur di mana seseorang wanita itu mungkin berasa pening dan loya. Namun ada juga wanita yang me­ngalami gejala ini sepanjang hari. 
Namun, apabila kandungan memasuki trimester kedua (empat hing­ga enam bulan), alahan akan hilang secara beransur-ansur. Tetapi dalam kes yang teruk, ada wanita terpaksa bertahan dengan masalah alahan ini sepanjang kehamilan sehinggalah dia melahirkan anak. Alahan ketika me­ngandung ini membuat­kan ramai wanita terpaksa menukar perancangan harian supaya masalah itu tidak menjejaskan rutin atau tugas mereka. Keadaan alahan setiap wanita tidak sama, kerana ada yang diduga dengan alahan teruk sehingga terpaksa mengambil cuti dan berehat secukupnya.
Sebenarnya alahan untuk jangka masa pendek adalah perkara biasa dan ia tidak akan menjejaskan kesihatan ibu mahupun anak dalam kandungan. Namun jika ia berlarutan sehingga muntah setiap kali makan, bayi berkemungkinan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan si ibu juga boleh terjejas.
Jika ini berlaku, si ibu akan mengalami masalah kekurangan air dalam badan. Antara gejala yang boleh dilihat ialah pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Segeralah dapatkan rawatan sekiranya perkara ini berlaku pada anda. Di, sini saya ingin cadangkan beberapa supplement yang dapat membantu kita mengurangkan alahan sewaktu hamil. Jom kita lihat....

B Complex
~ Kajian menunjukkan bahawa 1/3 daripada wanita yang mengambil Pyridoxine berjaya mengurangkan masalah morning sickness yang dihadapi. Pyridoxine ni adalah salah satu komponen dalam Vitamin B iaitu B6. Kebaikan Pyridoxine akan diperolehi secara optimum jika diambil bersama Asid Folik (B9), Niacin (B3) & Cobalamin (B12).

B Complex Shaklee mengandungi semua Vitamin B yang disebut tadi. Antara kelebihan vitamin B Complex;-
1) Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir
2) Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut
3) Mencegah stress
4) Menguatkan antibodi tubuh
5) Amat penting untuk aktiviti sel genetik
6) Diperlukan dalam pembentukan asid amino.
7) Keperluan untuk memproses dan memperbaiki sel-sel darah merah
8) Mencegah anemia

Ostematrix
~ Kalsium Shaklee dikenali sebagai Ostematrix..gabungan Calcium Magnesium lengkap dengan vitamin D. Ketiadaan kalsium menyebabkan maklumat tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf. Akibatnya, badan tidak dapat bergerak kerana tidak menerima arahan. Gejala paling ringan ialah, kekejangan otot atau pun cramp yang sering berlaku ketika mengandung.

Kebaikan Ostematrix :

a) Bantu tidur lena sepanjang malam
b) Badan terasa bertenaga & mudah bangun pagi keesokan harinya, terutama apabila digabung dengan pengambilan Shaklee B-Complex
c) Menghilangkan lenguh-lenguh & bisa-bisa badan
d) Mengurangkan rasa sakit pinggang & kejang kaki terutama buat ibu hamil
e) Melawaskan sistem penghadaman – mudah ‘membuang’ keesokan harinya (bukan cirit birit)

Peppermint Ginger Plus
~ Ia tidak akan mengganggu bayi kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan mempunyai sijil KKM. Direka khas oleh pakar herba utk mengurangkan morning sickness ibu hamil. Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. Pengambilan vitamin ini akan membantu mengurangkan loya yang dihadapi.

Terdiri daripada 4 bahan herba utama iaitu peppermint, ginger, fennel dan anise. Antara kebaikan  Peppermint-Ginger Plus:-
>> Melegakan senak perut
>> Membantu proses penghadaman
>> Menyamankan perut
>> Mengurangkan mual dan muntah
>> Membuang angin dalam badan
>> Mengurangkan sakit gastrik
>> Mengurangkan kesan mabuk perjalanan (bot, kereta, kapal terbang)

Anda juga boleh mengambil Mealshakes atau ESP untuk bekalan protein dan memberikan tenaga sepanjang tempoh kehamilan. Jika ibu-ibu berminat untuk mencuba set kehamilan shaklee atau suplemen untuk membantu mengurangkan alahan di atas, boleh hubungi saya. 

Hubungi saya Pn Masliza
Mobile: 013-7723220
Emel: baby.studio@yahoo.com
Blog: http://hannahananmoms.blogspot.com/

0 comments :

Post a Comment

 

Blog Baby Studio | Tips Kesihatan dan Keibubapaan | Produk Kanak-kanak Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting