Friday, 20 December 2013

Tidur Lena Si Manja

Posted by Unknown at 16:58
 TIDUR LENA SI MANJA 
# Tugas menidurkan anak kecil sangat subjektif. Biasanya bila waktu tidur, si manja lebih suka didakap oleh mama. Tetapi bagaimana kalau waktu mama bekerja luar kawasan? Tentu sahaja papa yang perlu ambil alih tugas itu.
# Agaknya bagaimana gaya papa menidurkan anak-anak ya? Tidak dinafikan ada papa yang pakar dalam bab menidurkan anak kecil. Jom kita tengok beberapa gaya tidur anak-anak yang mungkin salah satunya adalah cara anda menidurkan mereka.

Antara cara paling mudah untuk tidurkan anak adalah seperti berikut:
1. Tidur dalam buaian
Ia adalah cara tidur tradisional yang sudah dipraktiskan sejak turun temurun. Bagaimanapun cara tidur ini perlu diselenggarakan dengan betul bagi memastikan aspek keselamatan bayi terjamin. 

2. Tidur di paha
Anak boleh tidur di paha papa. Biasanya cara ini lebih praktikal bagi anak yang biasa tidur dibuai. Sambil menepuk pahanya, lutut anda digoyangkan. Keadaan yang sama seperti buaian mudah membuat si manja terlena. Untuk lebih selesa letakkan tilam kecil sebelum meletakkan anak di atas paha.

3. Tidur dalam pelukan
Terdapat dua cara jika menggunakan kaedah ini. Satu, dalam keadaan anda berbaring. Letakkan anak secara meniarap di atas dada dan pusingkan kepala anak sama ada ke kiri atau kanan. Kedua, tidurkan anak dalam pelukan ketika anda sedang berdiri. Letakkan kepala anak di dada anda dan peluknya dengan erat. Berjalanlah sambil mendodoi supaya anak cepat tidur.

4. Tidur sendiri di atas katil
Cara ini paling mudah dan banyak dilakukan oleh ibu bapa. Sediakan tempat tidur anak. Baringkannya dan tepuk pahanya dengan perlahan. Anda boleh mengiringkan anak ke kiri atau kanan untuk seketika.

# Pada kebiasaanya, anak-anak mudah untuk tidur apabila perut mereka sudah kenyang, lampin tidak basah dan suhu bilik tidak terlalu sejuk atau panas. Bayi sebenarnya tidak banyak ragam untuk tidur.Di sini, ada beberapa tip yang berguna buat ibu bapa lebih-lebih lagi mereka yang baru dikurniakan cahaya mata pertama, yang belum ada banyak pengalaman. Apatah lagi bayi yang masih kecil, hampir setiap jam terjaga.

Berikut di antara tip supaya si manja kita tidur lena:
gelapkan bilik anak sekiranya tidur waktu pagi
◈ suhu bilik jangan terlalu panas @ sejuk.
◈ Bilik sentiasa dalam keadaan senyap
◈ elakkan bermain ditempat tidur
◈ jadikan waktu tidur itu rutin dan konsisten
◈ Jika bayi terjaga waktu malam,mungkin disebabkan mahu susu @ lampin basah
◈ Lakukan proses menukar lampin dengan cepat & setelah selesai tepuk untuk tidurkannya semula
◈ Jangan bermain dengan anak & lakukan aktiviti bersama pada waktu siang kerana ia akan membantu anak tidur lena pada waktu malam
◈ Bawa bayi ke katil waktu sedar & beri masa utk dia tidur sendiri.
◈ tidurkan bayi ditempat yang sama kerana secara psikologi anak akan tahu itu adalah tempat tidur dia.


** Bagaimanapun ada juga beberapa halangan membuatkan si manja sukar lena. Salah satunya adalah masalah angin atau kolik. Bayi yang mengalami kolik bukan sahaja tidak mahu tidur, malah akan meragam atau menangis dalam jangka masa yang panjang.

** Oleh itu papa dan mama, jangan lupa sendawakan bayi anda selepas menyusu, tuam perut dengan tuam bayi dan sapukan perut mereka dengan minyak telon bagi mengelakkan masalah kembung perut.

AWAS!
Jangan biarkan anak tidur sendirian. Sindrom SID atau Sudden Infant Death boleh berlaKu di mana-mana tanpa disedari. Perhatikan bayi yang sedang tidur lena sekurang-kurangnya lima minit sekali.

selamat mencuba..moga anak-anak kita tidur lena sentiasa…

0 comments :

Post a Comment

 

Blog Baby Studio | Tips Kesihatan dan Keibubapaan | Produk Kanak-kanak Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting