Sunday, 22 December 2013

Teknik Menyusukan Bayi Dengan Betul

Posted by Unknown at 12:46
~ TEKNIK MENYUSUKAN BAYI DENGAN BETUL ~
Pastikan cara menyusukan bayi adalah betul supaya bayi anda dapat menghisap (latch-on) susu anda sebaik mungkin. Cara menyusukan bayi yang betul juga memberi keselesaan kepada si ibu dan juga bayi.

Pastikan Cara Menyusu Anda Betul
1. Anda boleh melihat sedikit bahagian dalam mulut bayi
~ Lekapan bibir bayi terkeluar sedikit bukan terpekap masuk

2. Mulut bayi dan areola melekap kuat
~ Keseluruhan puting payudara berada dalam mulut bayi

3. Sebahagian besar areola berada dalam mulut bayi
~ Ketika menyusukan bayi, anda akan lihat sedikit sahaja bahagian areola.Pangkal puting tidak kelihatan kerana berada dalam mulut bayi

4. Lidah bayi berada antara gusi bawahnya dan payudara
~ Sekiranya bayi melekapkan mulutnya dengan betul, lidah bayi akan terkeluar sedikit dari gusi bawahnya dan mengalas puting payudara daripada rahangnya.

5. Anda boleh mendengar bunyi bayi menelan
~ Beberapa hari selepas dilahirkan mungkin setelah 5 hingga 10 kali menghisap baru anda mendengar bunyi bayi menelan. Ketika ini susu ibu adalah susu kolostrum,pekat dan sedikit. Apabila bekalan susu mulai banyak, anda akan mendengar bunyi bayi menelan yang jelas. Aktiviti menyusukan bayi setiap payudara
mengambil masa 5 hingga 10 minit.

6. Tidak banyak susu meleleh dari hujung mulut bayi
~ Bayi menelan susu

7. Tiada bunyi klik atau Chupp kedengaran
~Bunyi ini akan kedengaran sekiranya, kedudukan lidah bayi tidak betul dan cara bayi menyusu tidak betul

8. Tiada bentuk melengkung pada pipi bayi ketika menyusu
~Bentuk melengkung (seakan lesung pipit) menandakan bayi tidak melekap dengan betul pada payudara dan cara menghisapnya terhenti ketika dia menggerakkan gusi dan lidahnya. Jika berlaku sedemikian, biarkan bayi melepaskan puting anda dan perbetulkan kembali cara menyusukan bayi. 



TEKNIK MENYUSUKAN SUSU IBU KEPADA BAYI- POSISI PENYUSUAN BAYI
1) CRADLE HOLD
~ Posisi yang sering digunakan yang selesa bagi kebanyakan ibu. Pegang bayi dengan kepalanya pada lengan anda dan keseluruhan badannya menghadap kepada anda.



2) CROSS CRADLE OR TRANSITIONAL HOLD
~ Ini baik untuk bayi pramatang atau bayi yang menghadapi masalah untuk melekap. Pegang bayi pada lengan yang bertentangan dengan payudara yang digunakan. Sokong kepala bayi dengan tapak tangan pada bahagian bawah kepalanya.

3) FOOTBALL HOLD
~ Posisi ini baik untuk ibu-ibu yang mempunyai payudara yang besar atau putting yang terperosok ke dalam. Pegang bayi di sisi dengan posisi berbaring, dengan kepalanya di paras yang sama dengan putting anda. Sokong kepala bayi dengan tapak tangan anda pada bahagian bawah kepalanya.

4) SIDE LYING
~ Posisi ini membenarkan ibu-ibu berehat atau tidur ketika menyusui bayi. Sangat baik bagi ibu-ibu yang melahirkan secara pembedahan C-Section. Baring secara sisi dengan bayi menghadap anda. Rapatkan bayi kepada anda dan bawakan mulutnya ke putting.

** Sekiranya anda mempunyai masalah puting leper atau puting yang terperosok ke dalam, sila dapatkan nasihat kaunselor penyusuan bayi. Anda haruslah mendapatkan bantuan lebih awal kerana terdapat peralatan dan kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah ini. Diharap dengan sedikit teknik ini dapat membantu para ibu-ibu di luar sana untuk menyusu.

0 comments :

Post a Comment

 

Blog Baby Studio | Tips Kesihatan dan Keibubapaan | Produk Kanak-kanak Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting