
Berikut merupakan panduan untuk menghilangkan ketidakselesaan bayi dan melegakan rasa gatal:
1) Elak daripada persekitaran yang panas dan lembab – cari ruang yang berangin atau teduh yang boleh memberi keselesaan kepada bayi dan membolehkan bayi kurang berpeluh. Anda juga boleh menggunakan kipas mini apabila keluar ketika cuaca panas.
2) Pastikan badan bayi dalam keadaan sejuk – hal ini bermaksud sejukkan bahagian kulit yang sudah terjejas menggunakan tuala sejuk yang basah atau mandikan bati dalam air suam. Seterusnya, biarkan kulit nya menjadi kering dalam udara biasa dan adalah lebih baik jika tidak menggunakan tuala secara kerap.
3) Tanggalkan pakaian bayi atau memakaikan baju kain benang – anda harus elakkan daripada menggunakan kain fabric sintetik seperti nilon atau polister kerana ia akan memerangkap panas. Adalah lebih baik jika menggunakan fabrik natural sahaja. Selain itu, adalah digalakkan untuk menanggalkan atau melonggarkan baju bayi serta tidak memakai lampin secara kerap.
4) Sapu losyen kalamin – anda digalakkan untuk menyapukan losyen tersebut di bahagian kulit bayi kecuali yang berdekatan dengan bahagian mata. Anda boleh menyapukannya ketika bayi kerap menangis dan tidak selesa ketika anda menyentuh kulit bayi anda.
Pergi jumpa doktor jika:
• Anak anda mempunyai suhu tinggi (lebih dari 39 darjah C) yang tidak reda apabila diberi ubat;
• Ruam tidak hilang selepas tiga atau empat hari;
• Ruam menjadi lebih teruk.
Elakkan salap dan losyen lain sebab ianya akan membuat ruam menjadi lebih teruk sebab memerangkap kelembapan dalam kulit.
** Rujuk kepada doktor jika anak anda mendapat suhu tinggi. Dia mungkin akan mengesyorkan supaya bayi diberi larutan parasetamol untuk meringankan ketidakselesaannya dan menurunkan suhu badan. (Jangan sekali-kali memberi anak kecil aspirin sebab, ada kalanya, walaupun amat jarang, ianya boleh menyebabkan kondisi yang mengancam nyawa dikenali sebagai sindrom Reye.)
Awasi anak anda pada masa ini, sebab apabila suhunya turun, badannya boleh menjadi sejuk dan perlu dipanaskan semula. Sayangilah anak anda...
0 comments :
Post a Comment