PERUBAHAN EMOSI (Tekanan Perasaan) KETIKA HAMIL
· >> Keadaan
wanita menghadapi kehamilan bergantung kepada sama ada dia mengkehendaki atau
tidak kehamilannya itu. Jika wanita itu tidak bersedia untuk hamil, maka minggu-minggu awal kehamilannya itu mungkin akan menyebabkan dia menghadapi
tekanan perasaan.
· >> Pada
satu ketika, seorang wanita itu mungkin gembira, tenang dan bahagia. Namun,
pada masa yang sama, dia mungkin juga akan bersedih dan mengalami tekanan
perasaan tanpa diketahui puncanya. Ramai wanita hamil mungkin terkejut dengan
perubahan diri mereka. Biasanya mereka akan menjadi lebih sensitif kepada
perubahan seks dengan suaminya. Ada wanita yang mempunyai keinginan yang lebih
pada perhubungan seks, sementara ada yang tidak mahu langsung melakukan
hubungan seks.
· >> Keadaan
ini mungkin mengelirukan suami. Perubahan perasaan ini bukanlah bermakna ada
sesuatu yang tidak kena dengan wanita tersebut. Oleh itu, dia perlu memberitahu
suaminya apa yang sedang berlaku supaya dapat mengelakkan salah faham dan
perselisihan. Menjadi kebiasaan bagi seorang wanita yang mengandung,
terutamanya ketika hampir bersalin, bermimpi perkara-perkara yang buruk. Mimpi
ini sebenarnya tidak memberi sebarang kesan kepada bayi dalam kandungan.
· >> Seorang
wanita yang mengandung suka membayangkan masa depannya, terutama sekali
berkaitan dengan bayi yang dikandungnya. Kadangkala ia membayangkan wajah dan
rupa anak yang bakal dilahirkan. Ini merupakan perkara normal. Setiap kehamilan
memerlukan pasangan suami-isteri melakukan beberapa penyesuaian di dalam
kehidupan serta perhubungan mereka. Terutama sekali jika anak yang dilahirkan
itu adalah anak pertama.Ini
kerana, kelahiran bayi akan mengubah corak hidup mereka yang selama ini lebih
privasi (honeymoon).Perubahan ini bukan seharusnya dihadapi oleh wanita seorang
sahaja tetapi suami pun mesti memainkan peranan penting dalam menghadapinya.
Cara Mengatasi
Tekanan Perasaan
1. Bawa-bawalah bertenang
1. Bawa-bawalah bertenang
2.
Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
3. Membaca al-Quran, zikir dan selawat
4. Cintai diri sendiri
5. Banyakkan solat sunat
6. Selalu berdoa kepada Allah SWT
7. Bersangka baik dengan Allah SWT
8.
Mengurus masa dengan baik
9.
Berhubung dengan keluarga, rakan-rakan dan jangan bersendirian
10. Lakukan aktiviti luar rumah atau aktiviti fizikal
11. Aktiviti bersama alam
12. Amal diet dengan disiplin yang kuat
13. Jangan malu untuk ketawa
14.
Menangis dengan sepuas hati
16. Fokus kepada warna yang menenangkan
17. Cuba hidu aroma yang menenangkan
18. Hindari bunyi bising
19. Hadkan pengambilan ubat-ubatan
20. Katakan tidak pada alkohol dan dadah
21.Dapatkan sokongan sosial atau rujuk pakar
Punca tekanan perasaan1. Sejarah keluarga
2. Konflik suami-isteri
3. Rawatan kesuburan
4. Pernah mengalami keguguran
5. Masalah kehamilan
6. Tekanan hidup
7. Mangsa dera
8. Risiko-risiko lain antaranya kenan dari ibu dan ayah, situasi tertekan membawa kesan dan suasana positif.
Dikatakan bahawa bayi dalam kandungan mampu merasa emosi ibu, sama ada sedih, gembira, tertekan dan seumpamanya. Adalah menjadi satu keperluan yang sangat UTAMA untuk semua wanita yang hamil agar berada dalam situasi sihat, ceria dan cergas. Seorang wanita yang mendapati dirinya hamil wajar belajar untuk mengawal diri, perasaan dan emosi supaya sentiasa dalam keadaan yang baik dan positif.
Wanita yang hamil tidak sepatutnya berada atau berterusan dalam keadaan tertekan dan negatif sepanjang kehamilannya kerana dikhuatiri boleh menjejaskan pertumbuhan fizikal dan mental bayi dalam kandungannya.
Wanita hamil juga disarankan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Suami, sebagai seorang ayah perlu memberi sokongan dalam pembentukan suasana yang positif untuk isteri yang hamil. Suami juga perlu memainkan peranan yang positif (walaupun suami tidak mengandung) kerana ‘energi’ atau ‘getaran’ emosi dan kelakuan dikatakan boleh memberi kesan kepada anak yang dikandung oleh si isteri.
Terdapat satu kes unik di mana seorang ayah yang selalu mendera secara fizikal ke atas ibu yang sedang hamil akhirnya mereka mendapat seorang anak yang selalu mendera ibu dan ayahnya semula! Ini sangat berkait rapat dengan ‘rakaman’ yang telah diperolehi oleh anak semasa dalam kandungan dan perkara ini tidak mustahil, bak kata pepatah, “What goes round, comes around.”
VITAMIN ANTI-STRES
Vitamin B-Complek Shaklee sangat disarankan bagi mereka yang sering terdedah kepada tekanan seperti pelajar, pekerja, peniaga, dan sudah semestinya wanita-wanita, ibu-ibu dan isteri-isteri yang hebat di luar sana!
Untuk mendapatkan supplement untuk set kehamilan, pantang dan menyusukan boleh la hubungi saya
ye. In Shaa Allah dapat membantu anda untuk menyambut orang baru. Untuk mendapatkan supplement untuk set kehamilan, pantang dan menyusukan boleh la hubungi saya
ye. In Shaa Allah dapat membantu anda untuk menyambut orang baru.
Sebarang
pertanyaan mengenai produk ini atau perlukan KONSULTASI PERCUMA dari saya, anda
bolehlah menghubungi saya, Pn masliza
H/P: 013-7723220 (sms/whatsapp)
http://hannahananmoms.blogspot.com/
#studioofvitamins
H/P: 013-7723220 (sms/whatsapp)
http://hannahananmoms.blogspot.com/
#studioofvitamins
0 comments :
Post a Comment