Thursday, 5 December 2013
MERAWAT DEMAM
~ Apabila anak anda mengalami demam, ia selalunya menunjukkan yang badannya sedang melawan serangan kuman. Walau bagaimanapun, kanak-kanak juga mungkin akan cuma mengalami sedikit rasa panas, berpeluh dan rasa “feverish” tanpa mengalami demam yang sebenar.
~ Tidak semua bayi atau kanak-kanak akan mengalami demam walau badannya sedang melawan jangkitan kuman dan tanda-tanda mungkin berbeza di antara satu dan yang lain. Ada setengahnya mungkin aktif walaupun mengalami demam tinggi dan ada juga yang kelihatan cukup lemah walaupun cuma mengalami demam yang sederhana sahaja. Kebanyakan demam yang ringan dengan sendiri hilang selepas 2-3 hari tapi sekiranya ia berlarutan bawalah anak anda berjumpa doktor.
Demam
~ Demam menolong anak anda melawan jangkitan kuman dengan memberikan persekitaran yang kurang baik untuk bakteria dan virus membiak. Bahan kimia yang dirembes ke dalam darah akan memberikan signal ke otak untuk menaikkan tahap suhu badan kanak-kanak yang akan menolong sel darah putih melawan kuman.
Rasa menggigil adalah disebabkan oleh urat yang kejang supaya tubuh boleh meninggikan lagi suhu badan. Peluh yang terjadi semasa demam pula mencegah suhu badan agar tidak menjadi terlalu tinggi.
~ Sekiranya anak anda disyaki mengalami demam, alat pengukur suhu yang boleh didapati di farmasi dengan senang dapat memastikan sama ada anak anda demam atau tidak. Sekiranya ia melebihi 37.7 darjah demam terjadi. Sekiranya ia disertai dengan mata kuyu, kulit kering dan kencing yang jarang ia menunjukkan anak anda mengalami dehidrasi perlu mendapat perhatian segera. Bagi anak kecil seperti bayi, sekiranya demam disertai dengan tangisan berterusan, tidak aktif dan leher kejang mungkin tanda jangkitan yang lebih serius, bawalah bayi doktor untuk pemeriksaan.
Gejala demam serius yang memerlukan pemeriksaan segera.
• Demam melebihi 3 hari walaupun sudah diberikan ubat
• Tanda dehidrasi seperti mata layu, kulit dan bibir kering
• Menangis berterusan, kurang aktif, tiada selera makan, leher kejang
• Sakit perut
• Bayi tiada 'eye contact'
• Badan kejang dan pernafasan yang terlalu pantas.
Jadi janganlah dianggap remeh apabila bayi anda demam kerana ia mungkin akan memberi kesan yang serius kepada bayi anda. Bawalah bayi anda berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala- gejala demam serius. Jadi jangan berlengah!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment