MENJAGA TALI PUSAT BAYI
~ Semasa didalam rahim ibu, bayi bernafas menggunakan uri yang bersambung melalui tali pusat. Selepas dilahirkan tali pusat ini tidak lagi diperlukan dan bakal menjadi ‘bellybutton’ seperti orang dewasa.

CARA MENJAGA TALI PUSAT BAYI
1. Pastikan ia bersih. Anda boleh mencuci menggunakan pencuci ‘spirit’ tetapi kajian terbaru menunjukkan, tali pusat lebih cepat sembuh sekiranya dibiarkan begitu sahaja. Cuci dengan pembersih cuma apabila ia menjadi kotor atau terkena najis. Pastikan tangan anda bersih dan bebas dari kotoran dahulu sebelum mengendalikannya. Pegang dengan jari hujung tali pusat dan lap kering kelilingnya mengunakan tuala kecil yang bersih. Bagi kawasan yang agak dalam, anda boleh menggunakan ‘cotton bud’ .Sekiranya anda menggunakan alat pengering rambut, pastikan jarak yang selamat dan gunakan suhu yang sederhana.
2. Biarkan ia kering. Dedahkan tali pusat untuk memastikan ia kering dari akarnya, iaitu kawasan yang bersambung dikulit. Pastikan lampin bayi tidak menutupinya. Sekiranya nampak basah terkena air kencing, cuci dengan segera dan lap kering sepenuhnya.
3. Mandi gunakan sponge. Secara praktikalnya ia lebih sesuai sehinggalah tali pusat pulih sepenuhnya. Sekiranya ia sudah luruh, anda boleh mula mandikan menggunakan tub atau sink.
4. Biarkan ia gugur dengan sendiri. Cuba untuk bendung keinginan untuk menarik tali pusat walaupun ia terjuntai seperti dari seurat benang.
TANDA JANGKITAN
~ Semasa tempoh pemulihan, agak normal sekiranya tali pusat kelihatan keras atau terdapat darah kering padanya, tetapi kalau terdapat tanda tanda seperti dibawah, anda disarankan untuk membawa bayi berjumpa doktor dengan segera:
• Kelihatan kemerahan dan bengkak
• Berdarah tanpa berhenti
• Keluar nanah
• Mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Kepada ibu bapa baru, setelah mengetahui perkara-perkara asas tentang penjagaan tali pusat bayi anda, janganlah takut untuk memegang atau membersihkannya. Namun, anda haruslah berhati-hati ketika membersihkan agar tidak mencederakannya. Jangan panik jika bayi anda menangis.
0 comments :
Post a Comment