KENAPA MADU TIDAK SELAMAT UNTUK BAYI BERUSIA DI BAWAH SATU TAHUN…?
~ Kita percaya madu makanan yang kaya dengan khasiat. Namun tidak ramai yang mengetahui sebenarnya madu tidak selamat diberikan kepada bayi berusia di bawah satu tahun.
~ Ini kerana madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”. Spora ini sukar dibunuh, tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.
Apa itu Botulism Bayi?
Botulism bayi akan menyerang sistem saraf dan akan menyebabkan bayi tersebut kabur pandangannya, kelopak mata tertutup sedikit (droopy eyelid) dan mengalami kesulitan semasa bernafas dan menelan air liur. Ia juga akan menyebabkan muntah- muntah, cirit-birit dan sakit badan.
Kenapa bayi tidak boleh diberikan madu?
1) Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini membiak. Apabila madu ini dimakan, ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin. Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.
2) Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘ sederhana ’, dan sesetengah lagi bersifat ‘ merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian. Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan. Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan. Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.
Apakah simptom-simptom botulism?
1. Simptom perut yang berbeza dari kebiasaan (unusual gastrointestinal symptom), berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.
2. Kepenatan (lethargy, weakness)
3. Kesusahan untuk mengawal kepala (loss of head control)
4. Pertukaran nada nangis (altered cry)
~ Kebiasaannya, simptom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam. Sekiranya bayi anda mempunyai simptom-simptom ini hubungi atau bawa bayi anda berjumpa dengan pakar kanak-kanak atau doktor. Ingat, sekiranya bayi anda tidak segera mendapatkan rawatan, simptom yang berlarutan boleh menyebabkan lumpuh tangan, kaki, badan dan otot pernafasan dan boleh membawa maut.
~ Kesimpulannya, anda tidak digalakkan memberi bayi makan sekiranya umur mereka di bawah satu tahun.
*** Tetapi jangan risau madu selamat diamalkan oleh orang dewasa ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.
Monday, 9 December 2013
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment