Tuesday, 24 December 2013

Kenali Najis Bayi Anda

Posted by Unknown at 14:50
~ Kenali Najis Bayi Anda ~

Najis yang dikeluarkan oleh bayi terutama yang baru lahir sangat penting untuk mengukur tahap kesihatan bayi tersebut. Sebagai ibu dan ayah baru, anda perlu memahami rupa najis bayi sebagai petunjuk anak adalah sihat. Najis bayi yang minum susu ibu sepenuhnya berbeza dengan bayi yang diberikan susu formula.

 Najis bayi baru lahir (Meconium) 
Najis bayi baru lahir

Najis ni berwarna hitam, melekit2 yang mengandungi bilirubin, amniotic fluid, mucus, skin cell dan lain2 yang terdapat dalam rahim. Kebiasaannya najis ini tidak berbau.Kolostrum dalam susu ibu bertindak sebagai laxative yang akan membantu bayi anda mengeluarkan meconium dalam masa lebih kurang 3 hari. Anda tidak perlu risau dengan warna dan kelekitan najis ini kerana ini adalah perkara normal. Tapi, kalau lebih 3 hari tak habis juga najis jenis ni, sila bawa bayi berjumpa doctor...



Najis bayi yang menyusu susu ibu
Biasanya bayi yang minum susu ibu akan mendapat kolostrum daripada susu pertama ibu. Ia bertindak sebagai pencetus yang membantu menolak mekonium keluar daripada badan bayi. Setelah ibu menghasilkan susu dengan sempurna, iaitu selepas kira-kira tiga hari, najis bayi akan berubah menjadi kuning cerah seperti biji sawi dan baunya kemanis-manisan. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur,kadang-kala kelihatan berbiji-biji atau kelihatan berketul seperti susu masam.

Pada minggu-minggu terawal, bayi anda akan membuang air besar semasa atau selepas setiap kali menyusu, tetapi ini akan berkurangan dan dia akan mempunyai rutinnya sendiri, selalunya membuang air besar pada masa yang sama setiap hari. Rutin ini akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi, contohnya, rutin akan bertukar apabila anda mula memberinya makanan pejal, apabila bayi kurang sihat, atau jika dia mula kurang menyusu.



 Najis bayi minum susu formula
Najis bayi yang minum susu formula berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan, sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding najis bayi yang diberikan susu badan. Ini kerana susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya berbanding susu badan. Baunya juga lebih kuat, seakan-akan najis orang dewasa.

Biasanya, bayi yang diberikan susu formula perlu membuang air besar sekali sehari untuk merasa selesa kerana najisnya lebih besar. Lebih lama najis berada dalam usus, lebih keras ia akan jadi dan lebih sukar untuk dikeluarkan sehingga boleh menyebabkan sembelit. Bincanglah dengan pakar pediatrik anda jika anda rasa bayi anda mempunyai masalah ini.

Najis hijau
Kadang kala kita dapati si kecil membuang air besar yang berwarna hijau dan berbuih. Ini kemungkinan bayi mengambil terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu lemak yang boleh mengenyangkan. Kemungkinan ia disebabkan penyusuan yang berlebihan atau berkurangan, atau ia adalah tanda bahawa terdapat kuman dalam perut bayi anda.

Pastikan bayi habis menghisap susu daripada sebelah payu dara sebelum beralih ke payu dara yang satu lagi. Jika sakit perutnya masih tidak sembuh dalam masa 24 jam, berundinglah dengan doktor anda untuk cuba mencari punca masalahnya kerana ia mungkin disebabkan oleh kesensitifan terhadap makanan, atau ubat yang diambilnya, ataupun rutin penyusuan.

Palitan darah
Palitan darah dalam najis bayi boleh berlaku jika dia sembelit kerana proses peneranan semasa membuang air besar boleh menyebabkan rekahan pada dubur. Sebaiknya anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan ini adalah sebab sebenar dan tiada sebab-sebab lain.


Jadi, anda sebagai ibu yang kerap bersama anak jangan ambil mudah tentang najis anak. Jika musykil segeralah berjumpa doktor:)

0 comments :

Post a Comment

 

Blog Baby Studio | Tips Kesihatan dan Keibubapaan | Produk Kanak-kanak Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting