~ Kencing manis Diabetes merupakan keadaan yang kronik di mana badan tidak mampu menukarkan makanan kepada tenaga. Ini menyebabkan gula di dalam darah semakin bertambah dan meningkatkan risiko penyakit jantung, kegagalan buah pinggang dan komplikasi-komplikasi yang lain.
Sebagai distributor Shaklee,saya nk perkenalkan sebahagian produk Shaklee yang dapat membantu pesakit diabetes mengawal kandungan gula dalam darah..produk ini samasekali tidak bertujuan untuk menyembuhkan sakit diabetes sebaliknya mengawal diabetes dari menjadi lebih teruk.

1. Haus atau dahaga yang keterlaluan.
2. Letih dan lemah otot.
3. Berat badan menurun.
4. Penglihatan kabur.
5. Gatal.
6. Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan.
7. Luka yang lambat sembuh.
8. Kerap kencing.
9. Gatal pada kemaluan.
10. Rasa kebas.

1. Berumur 35 tahun ke atas. Semakin berusia semakin tinggi risiko untuk mendapat diabetes. .
2. Berat badan berlebihan atau obesiti.
3. Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
4. Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
5. Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah empat kilogram atau lebih).
6. Tekanan darah tinggi.
7. Tidak aktif - gaya hidup yang tidak sihat.
8. Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat.
9. Mempunyai tahap lemak dan kolesterol yang tinggi.
Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit Diabetes
1. Makanan yang perlu dielakkan
Makanan/ minuman yang mengandungi gula ringkas. Gula ringkas akan meningkatkan tahap gula dalam darah dengan kadar yang cepat.
Contoh: Gula pasir, gula melaka, gula merah, gula batu, gula-gula, sirap, jeruk, halwa, kuih-kuih manis, susu pekat manis, buah-buahan dalam tin, minuman ringan, coklat, madu lebah, jem (kecuali jem untuk diabetis), semua makanan bersalut gula, dll.
2. Makanan yang perlu dihadkan
Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks. Makanan dalam kumpulan ini boleh diambil dalam jumlah yang sederhana banyaknya. Makanan dalam kumpulan ini akan dicerna dan diserap dengan perlahan-lahan, dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan aras gula darah secara mendadak. Pengambilan makanan dalam kumpulan ini haruslah diagihkan pengambilan sepanjang hari, bukan dimakan sekaligus dengan banyak.
Contoh: Nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mee, semua jenis tepung, semua jenis ubi, buah-buahan/ jus, sayuran berkanji (labu), jagung, serbuk coklat, dll.
3. Makanan yang bebas dimakan
Contoh: Air kosong, air mineral, kopi dan teh, air barli, jus limau nipis, sayur-sayuran, ulam-ulaman, cuka, sup, serbuk rempah, serbuk cili, herba, dll.
Pengambilan Serat yang Betul
Serat atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut (yang larut dalam air – ia membantu melambatkan penyerapan nutrien) dan serat tak larut (tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan – membantu mengelakkan sembelit). Serat yang tak larut boleh digunakan di dalam usaha mengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolesterol ke aliran darah. Saranan pengambilan serat: 30-40gm sehari.
Contoh makanan yang mengandungi serat: Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta, dll.
Pengambilan Lemak yang Betul
Jenis lemak yang boleh dimakan adalah amat penting. Terdapat dua jenis lemak:
1. Lemak Tepu:
Sumber utamanya adalah dari sumber haiwan iaitu daging yang berlemak, kulit ayam, lemak pada ayam, susu penuh krim, mentega, keju dan dari sumber tumbuhan ialah santan kelapa. Lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap lemak dan kolesterol darah.
2. Lemak Tak Tepu:
a) Lemak Poli Tak Tepu
Jenis lemak ini boleh didapati pada minyak jagung, minyak sayuran, minyak bunga matahari, dan minyak soya. Kajian menunjukkan lemak poli tak tepu boleh menurunkan tahap kolesterol darah. Walaubagaimanapun, pengambilannya perlu dalam kadar yang ‘sederhana’.
b) Lemak Mono Tak Tepu
Dijumpai dalam minyak kanola, minyak zaiton, minyak saflower dan minyak bijan. Kajian terkini mendapati lemak mono tak tepu boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Pengambilan Protein yang Betul
Protein diperlukan untuk memperbaiki tisu tubuh dan memastikan pertumbuhan yang sempurna pada kanak-kanak. Pengambilan protein 15% – 20% daripada jumlah tenaga yang diambil adalah disyorkan.
Protein boleh didapati dari sumber bijirin (roti, beras, pasta, tepung, soya serta hasilannya dll) atau dari sumber haiwan (daging, ikan, telur, ayam dan produk tenusu). Ini perlulah diberi perhatian dalam merancang pengambilan diet harian anda.
Pengambilan Vitamin dan Zat Galian yang Mencukupi
Kajian mendapati bahawa kekurangan zat galian seperti kromium dan selenium mempunyai kesan ke atas insiden diabetes. Kromium mempunyai fungsi untuk menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula darah pada mereka yang berisiko tinggi untuk medapat diabetes.
Kajian juga menunjukkan bahawa anti-oksidan seperti vitamin C dan E serta beta keroten (sejenis vitamin A larut air) boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan diabetes.
Apakah supplement Shaklee yang boleh diambil untuk membantu pesakit diabetes?
Suplemen asas untuk kencing manis ialah sepertimana berikut:
1. ESP (Energizing Soy Protein) : Berindeks glisemik (GI) rendah. Sangat sesuai utk pesakit diabetes.
2. Vitalea Iron Formula : Imbangan vitamin dan mineral yang lengkap.
3. GLA Complex: Memberi kesan positif kepada diabetic neuropathy.
4. Alfalfa Complex : Sumber serat yang membantu menstabilkan gula dalam darah.
6. Zinc Complex : Membantu penghasilan insulin & pemulihan luka.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.*
Semua supplement ini bagus kerana ia membekalkan nutrisi lengkap membantu mengawal ketidakseimbangan glukosa dan mengekalkan kesihatan secara menyeluruh..
Jom dapatkan vitamin shaklee anda.
Jadi jangan tunggu lagi, amalkan pemakanan yang sihat dan selitkan pengambilan vitamins dan supplemens dalam diet yang mana mampu mencegah anda menghidapinya tanpa perlu pemakanan ubat-ubatan... untuk keterangan lanjut sila hubungi saya Pn. Masliza 0137723220, Pakar ubat-ubatan dan supplements anda.
Maka apa tunggu lagi, belikanlah untuk ayah bonda yang selama ni menghidap kencing manis dan perlu mengambil insulin setiap masa. Lihatlah perubahannya, InshaAllah. Terima kasih...:)
Maka apa tunggu lagi, belikanlah untuk ayah bonda yang selama ni menghidap kencing manis dan perlu mengambil insulin setiap masa. Lihatlah perubahannya, InshaAllah. Terima kasih...:)
0 comments :
Post a Comment