Saturday, 21 December 2013

KAEDAH ATASI PERUT BAYI KEMBUNG

Posted by Unknown at 23:41

Bayi yang mengalami kerengsaan akibat angin dalam perut atau kembung akan menangis teruk tanpa sebab dan keadaan ini berulang setiap hari, biasanya pada lewat petang atau awal malam. Punca sebenar kembung perut tidak diketahui tetapi antara faktor yang mungkin menyebabkannya ialah sistem penghadaman bayi yang belum matang, hormon dalam susu ibu dan pengambilan susu secara berlebihan. 
>> Masalah ini lebih kerap dialami bayi baru lahir berusia antara 2 minggu dan 6 bulan tetapi boleh berterusan hingga mereka berusia 2 tahun atau lebih.
>> Untuk memastikan sama ada bayi mengalami sakit perut akibat angin atau kembung, ibu bapa perlu memeriksa sama ada perut bayi lebih keras atau lebih tegang daripada biasa, kelihatan menggelembung atau mengeluarkan bunyi lompong apabila diketuk dengan jari.

Faktor- faktor yang menyebabkan bayi perut kembung:
(1) Bayi tertelan terlalu banyak udara: Semasa Bayi menyusu daripada botol dengan terburu-buru , udara berlebihan akan tertelan oleh bayi.

(2) Saiz lubang puting botol yang tidak sesuai ,atau botol condong semasa menyusu, bayi akan tertelan udara yang berlebihan melalui jurang puting.

(3) Bayi menangis berlebihan juga mungkin menyebabkan kembung perut.

(4) Ketidakhadaman : Masalah usus pengumpulan najis, mengakibatkan pengeluaran gas yang disebabkan oleh bakteria buruk hiperplasia.

(5) Alahan protein susu : Bayi alah terhadap protein susu, intoleransi laktosa, radang usus yang disebabkan oleh penghadaman dan malabsorption, mudah menghasilkan gas dalam perut bayi, dan menyebabkan masalah perut kembung.

(6) Masalah organ-organ abdomen atau masalah usus: kemungkinan perut kembung disebabkan oleh masalah organ-organ abdomen atau usus, dapatkan nasihat doktor jika keadaan berterusan dan kritikal.

** Cara yang dipercayai oleh ibu dan sudah terbukti dapat meredakan kesakitan dan tangisan bayi ialah sendawakan bayi secara lebih kerap. Bayi menelan angin apabila menghisap susu menyebabkan angin berkumpul dalam perut dan menimbulkan kerengsaan. Cuba sendawakan bayi setiap kali anda menukar puting jika anda menetekkan bayi atau selepas bayi menghisap dua hingga tiga auns susu formula bagi bayi yang menyusu botol.

Ibu bapa perlu berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :
• Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.

• Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.

• Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.

• Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.

• Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.

• Bawa bayi anda bersiar-siar di taman

• Tukar pemakanannya. Cuba kurangkan makanan yang boleh menyebabkan angin atau mengembungkan perut bayi.

• Mainkan muzik perlahan, kurangkan cahaya lampu dan bunyi televisyen

• Biarkan bayi mendengar bunyi yang berulang seperti bunyi pembersih vakum atau mesin basuh

• Tuam atau tekap perut bayi dengan kain hangat atau botol air hangat

• Dukung bayi sambil mendodoi atau menyanyi perlahan.

Petua Tradisional Untuk Menangani Bayi Kembung Perut:
1. Kebiasaannya bayi berusia 6 bulan ke atas mengalami kembung perut. Layurkan 2 helai daun sirih dan barutkan pada perut bayi.

2. Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.

3. Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.

4. Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.

5. Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.

6. Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.

Sekiranya anda dah cuba cara-cara di atas dan anak anda telah mengeluarkan angin melalui kentut atau sendawa, InsyaAllah, kembung perut akan reda dan anak anda akan berhenti menangis. Lepas itu berilah susu secukupnya dan tidurkan anak anda setelah letih menangis kesakitan.. Kita merancang + berusaha + berdoa.. Segalanya Allah yang akan tentukan ye.

0 comments :

Post a Comment

 

Blog Baby Studio | Tips Kesihatan dan Keibubapaan | Produk Kanak-kanak Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting