Saturday, 14 December 2013

Jerawat Semasa Hamil

Posted by Unknown at 16:46
JERAWAT SEMASA HAMIL

Oh..Tidak! Jerawat. Tentu ramai yang pernah diselubungi masalah jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin tu, tak sah jika tidak membelek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa. Ada sesetengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah merebak ke serata muka. Ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat.
~ Apa yang terlintas dalam fikiran anda apabila kita berfikir jerawat dan mengandung? Apabila kita berfikir pasal jerawat tentulah kita hanya terbayangkan tentang remaja. Sebab jerawat begitu sinonim dengan remaja yang disebabkan perubahan hormon yang berlaku semasa zaman remaja. Ianya juga boleh terjadi kepada wanita yang mengandung.

Antara rawatan semula jadi untuk mencegah jerawat:
1. Mencuci muka dua kali sehari dengan air bersih dan pembersih muka yang lembut.
2.Minyak pokok teh sangat berkesan pada mensasarkan tempat-tempat tertentu serta parut jerawat.
3.Pembersih berasaskan kimia harus dielakkan dan produk semula jadi atau organik terbaik yang disarankan untuk membasuh muka dalam rawatan jerawat semasa mengandung.
4. Topeng tanah liat juga dikenal pasti sangat berkesan untuk merawat jerawat semasa mengandung, terutamanya jika anda berurusan dengan liang roma yang tersumbat, bintik hitam, atau kulit berminyak.
5. Diet adalah perkara terbaik yang anda boleh lakukan apabila merawat jerawat semasa mengandung. 

6. Anda perlu minum air sebanyak yang anda boleh, dan ini akan memberi manfaat kepada semua sistem anda, dan juga untuk merawat jerawat semasa mengandung. Detoksifikasi dengan air yang banyak akan membantu untuk membersihkan badan anda daripada bakteria yang menyebabkan jerawat semasa mengandung.
7. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah asas yang baik dalam pemakanan semasa merawat jerawat semasa mengandung. Produk-produk ini akan membersihkan sistem anda dan menyahtoksik kotoran yang menyebabkan jerawat semasa mengandung.
8. Menjauhkan diri dari makanan yang berlemak atau fastfood kerana minyak daripada makanan ini akan membuat keadaan jerawat anda bertambah buruk.

Jerawat ini tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Jom kita baca....

Ketahui lokasi jerawat di wajah dan faktor-faktornya :
Rawatan dalaman dengan set skincare chaklee

1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.
3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.
4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam
6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3
8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.
9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.
11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.
13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.
14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.

Jangan risau, setiap penyakit ada penawarnya. Hanya mati sahaja yg tiada ubatnya. Memang sudah terbukti set skincare Shaklee mampu merawat jerawat di muka dan sekaligus mengembalikan kecerian anda dengan wajah cantik berseri-seri

Keseluruhannya mempunyai tabiat makan yang sihat akan menjadi satu rawatan yang sangat baik untuk jangkamasa panjang rawatan jerawat semasa mengandung. Kelebihannya, ia juga akan memastikan bayi anda semakin mendapat semua vitamin dan nutrien yang diperlukan.



0 comments :

Post a Comment

 

Blog Baby Studio | Tips Kesihatan dan Keibubapaan | Produk Kanak-kanak Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting