~ BUAH- BUAHAN TERBAIK UNTUK BAYI ~
Apabila anak anda sudah mula diberi makanan pejal, buah-buahan antara makanan yang mesti diperkenalkan. Ia mudah diberi, mudah hadam dan sedap dimakan.Buah-buahan yang kaya dengan vitamin dan mineral paling sesuai sebagai makanan awal diperkenalkan. Berikut lima jenis buah yang baik diberikan kepada bayi.PISANG
Untuk bayi enam bulan ke atas.
Kandungan nutrisi utama: kalium, fosfor, vitamin A, asid folat
Cadangan sajian:
1. Kupas kulit pisang, lenyekkan sedikit dan boleh terus disuap kepada bayi.
2. Puri pisang
OREN
Untuk bayi enam bulan ke atas.
Kandungan nutrisi utama: kalium, kalsium, vitamin A, vitamin C, asid folat, serat.
1. Cuci bersih buah oren, kupas dan perahkan jusnya. Beri kepada bayi.
2. Dapat dijadikan pemanis yang menyegarkan dalam penyediaan puri buah.
EPAL
Untuk bayi enam bulan ke atas.
Kandungan nutrisi utama: kalium, magnesium, fosfor, kalsium, vitamin A, vitamin C.

Idea sajian:
1. Puri epal
PIR
Untuk bayi enam bulan ke atas.
Kandungan nutrisi kalium, fosfor, kalsium, vitamin C.
Idea sajian:
1. Puri pir:
* Bagi bayi berusia lapan bulan, boleh ditambahkan bijirin agar puri ini menjadi padat.
TOMATO
Untuk bayi lapan bulan ke atas.
Kandungan nutrisi: protein, serat, kalium, magnesium, fosfor, kalsium, vitamin A, asid folat.
Idea sajian:
1. Sos tomato:
~ Cuci bersih lalu rebus tomato sampai empuk, sehingga kulitnya mudah dikupas.
~ Setelah dikupas, potong menjadi empat bahagian. Kisar hingga halus, lalu tapis menjadi sos tomato.
~ Hidangkan bersama dengan puri kentang atau sayuran.
** INFO (PETUA) **
a) BUAH PISANG: Pisang dapat membantu menambah kenaikan berat bayi yang susah naik berat badan.
b) TOMATO: Boleh melicin dan melembutkan serta memberi kelembapan semula jadi pada kulit. Aamalkan makan tomato merntah atau puree tomato.
c) OREN: Boleh membantu, mengurangkan selesema kerana kandungan vitamin c yang tinggi, serta mengurangkan lendir pada tekak dan paru-paru.
Selain menyihatkan, buah juga merupakan jenis makanan yang segar dan kaya dengan manfaat. Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E,B, Zink, Kalium dan berbagai-bagai mineral yang terkandung dalam buah-buahan yang sangat bermanfaat oleh tubuh. Bukan kepada orang dewasa sahaja malah kepada bayi. Apalagi mulalah memasukkan daftar buah-buahan di atas sebagai menu makanan bayi anda. Bayi sihat anda sihat....








0 comments :
Post a Comment