~ BAYI BARU LAHIR ( MUNTAH SUSU ) ~
Muntah Susu
~ Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi di kalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun.
~ Muntah susu terjadi kerana susu di dalam perut termasuk balik ke dalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Walau bagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi di kalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun.
GEJALA DAN SIMPTOM:
• Keluar secara 'effortless'
• Muntah terjadi sebaik minum susu
• Muntah selepas sendawa
• Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum
TIP UNTUK KURANGKAN MUNTAH SUSU:
• Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu
• Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbedung atau memakai lampin yang ketat.
• Elakkan pergerakan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu
• Hindar dari minum susu terlalu banyak dalam satu masa
• Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur
• Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur
• Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.
• Periksa samada terdapat “dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi.
• Pastikan bayi tidak mengalami dehidrasi (kekurangan cecair badan) dengan memeriksa tanda-tanda dehidrasi seperti:
a) Lampin
Sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasi
b) Periksa mulut
Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasi
c) Kulit
Sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.
TIP UNTUK MENYUSUKAN BAYI
• Menyusu dengan kadar sedikit. Hadkan setiap susuan kurang dari 20 min sekiranya menyusu botol.
• Sekiranya menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang satu lagi.
• Jarakkan susuan sekurang-kurang 2 jam kerana perut mengambil masa 2 jam untuk kosong semula.
• Pakaikan lampin dengan lebih longgar
• Susukan bayi dalam keadaan tegak sedikit
~ Kebanyakannya muntah akan hilang dengan sendiri selepas 12 bulan dan bayi membesar secara normal. Walaubagaimanapun, ada segelintir dari bayi yang muntah terlalu banyak sehinggalah ia tidak membesar sebagaimana yang sepatutnya. Sekiranya muntahnya keterlaluan setiap kali menyusu, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.
~ Jika bayi hanya sekali sekala muntah susu ibu dan tersedak, kita tidak perlu terlalu khuatir kerana susu ibu mengandungi pelbagai antibodi dan tidak merbahaya seperti susu formula. Biar apa pun, ketahuilah susu ibu tetap selamat.
Friday, 6 December 2013
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)




0 comments :
Post a Comment