Wednesday, 11 December 2013

Anemia Ketika Hamil

Posted by Unknown at 17:22

 ANEMIA KETIKA HAMIL 
Satu daripada tiga wanita mengandung mengalami anemia kekurangan zat besi yang lebih lazim berlaku tetapi jarang disedari oleh kaum wanita.Ini menyebabkan ia sering tidak dirawat hingga memberi kesan kesihatan dalam jangka panjang kepada ibu dan bayi. Paras hemoglobin rendah semasa kehamilan boleh menyebabkan anemia. Secara purata hampir 80% wanita yang sedang hamil akan mengalami paras hemoglobin yang rendah atau Hb rendah. 

Simptom Anemia
Anemia sukar dikesan bagi kebanyakan orang, dan simptomnya kabur. Biasanya, perasaan lemah atau keletihan dilaporkan. Sesak nafas dilaporkan dalam kes teruk. Anemia amat teruk memerlukan tindak balas pengimbal di mana output jantung meningkat dengan jelas, membawa kepada degupan laju (palpitation) dan berpeluh; kegagalan jantung boleh terjadi jika orang yang sudah berumur mengalaminya.Kulit dan selaput mukosa yang pucat sahaja menjadi tanda utama bagi anemia di tahap berbahaya (severe anemia).

Antara gejala-gejala Anemia adalah seperti di bawah:
Keletihan setiap masa
• Pening
• Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
• Kulit pucat
• Kadar denyutan jantung yang cepat
• Kurang daya ingatan
• Kurang berat badan


Jika Anemia sangat teruk, ia akan menyebabkan:

Kegagalan jantung berfungsi menjadi lemah dan tidak mencukupi
Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada di dalam kandungan.

Punca anemia selama kehamilan juga boleh meliputi:
• Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet anda
• Kekurangan asid folat
• pendarahan gastrointestinal
• Kehilangan darah dari pendarahan buasir 

Kesan kepada ibu:
a) Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan

b) Mengalami keguguran

c) Mengalami kegagalan jantung


d) Pendarahan semasa mengandung dan bersalin


e) Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan:
a) Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut

b) Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan

c) Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg

d) Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia

e) Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Pemakanan yang membantu meningkatkan Hb:
1) Makan makanan yang kaya zat besi, seperti daging lembu, roti gandum dan bijirin, telur dan buah-buahan kering. 

2) Makan makanan yang tinggi asid folic seperti bibit gandum, kacang-kacangan, mentega kacang, oatmeal, cendawan, sawi, brokoli dan asparagus. 

3) Makan juga makanan yang tinggi vitamin C, seperti buah-buahan citrus seperti oren, sayur-sayuran mentah makanan. 

4) Walaupun hati haiwan(lembu, ayam dan ikan cod) tinggi kandungan zat besi, namun hati haiwan mengandungi vitamin A yang dikenali sebagai Retinol. Kajian menunjukkan bahawa wanita hamil yang mengambilan retinol yang berlebihan selama kehamilan mempunyai risiko lebih tinggi memiliki bayi dengan cacat lahir seperti kelainan dari wajah, kepala, jantung dan sistem saraf.

***Kesimpulannya kepada para-para ibu di luar sana,lebihkanlah makan makanan yang dapat membantu meningkatkan Hb anda agar bayi anda sihat..Utamakanlah kesihatan anda....

0 comments :

Post a Comment

 

Blog Baby Studio | Tips Kesihatan dan Keibubapaan | Produk Kanak-kanak Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting