Thursday, 12 December 2013

Vitamin Untuk Rambut Gugur

Posted by Unknown at 15:42

5 FAKTOR KEGUGURAN RAMBUT WANITA
Wanita dan rambut tak dapat dipisahkan. Rambut diibaratkan sebagai mahkota wanita. Tidak kiralah kalau bertudung atau tidak wanita sentiasa inginkan rambut yang cantik dan yang paling penting tidak gugur.

Dalam kaji selidik pengguna peringkat global, mendedahkan bahawa masalah keguguran rambut adalah satu daripada lima kebimbangan tertinggi di dunia. Di Malaysia, masalah keguguran rambut ialah masalah nombor satu yang dihadapi oleh wanita. Kebimbangan mengenai masalah ini tidak terhad kepada wanita yang lebih tua tetapi juga yang berumur dari belasan tahun.

Penyelidik-penyelidik perubatan mengatakan bahawa faktor-faktor keguguran rambut antara lelaki dan wanita adalah berbeza.

Keguguran rambut wanita adalah disebabkan oleh:
1)
Diet
Wanita yang berdiet secara melampau akan menyebabkan badan mereka kekurangan banyak nutrien. Cara diet yang tidak betul dimana banyak kehilangan nutrisi. Pada kadar ini, rambut juga akan gugur dengan banyak kerana kekurangan protein yang diperlukan oleh sel rambut untuk berfungsi. 


2) Fasa Haid, Menopaus 
Pengambilan pil pencegah hamil dan pemberhentian pengambilan pil itu atau wanita yang mengalami menopaus akan mula menghadapi ketidakseimbangan hormon. Semasa kedatangan haid, saluran rambut dan folikel mungkin tidak mendapat nutrien yang mencukupi akibat gangguan aliran “makanan” pada seluruh badan.


3)
Sindrom Selepas Bersalin
Selepas bersalin, jumlah kehilangan darah yang banyak menyebabkan peredaran darah dan hormon hilang keseimbangan. 3-5 bulan selepas bersalin, keguguran rambut boleh mencapai 30% kerana gangguan dan penyesuaian semula yang berlaku dalam badan. 


4)
Tekanan Kerja
Wanita yang bekerjaya sentiasa menghadapi tekanan. Ini menjadikan mereka resah dan gelisah, dia bukan sahaja gelisah malah peredaran darah yang biasa juga akan terganggu dan menyebabkan kulit kepala merembeskan jumlah minyak yang banyak. Tekanan juga menyebabkan uban pramasa.


5)
Keturunan
Wanita juga boleh mendapat keguguran rambut akibat keturunan. Apabila umur wanita semakin meningkat, perembesan hormonnya juga akan mula menurun dan jika ibu bapa serta saudara-maranya mengalami masalah keguguran rambut, dia berkemungkinan mengalami keguguran rambut pramasa juga.

Tetapi jangan risau dengan pemilihan makanan yang betul dapat mencegah keguguran rambut. Selain itu pengambilan vitamin juga boleh membantu kerana kandungan zat dalam sebiji vitamin begitu banyak.

9 Makanan yang boleh membantu jika pengambilan adalah cukup:
1) Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

2) Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

3) Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

4) Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

5) Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

6) Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

7) Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

 Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

9) Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

Bukan itu sahaja, bagi yg berminat pula untuk mendapatkan supplements rambut, di sini Shaklee menawarkan set untuk mengatasi masalah keguguran rambut iaitu :

Vitalea (multivitamin dan multimineral)
B Complex
Zinc Complex
Vita-C
Vita-E


Berikut pula adalah set penjagaan rambut Shaklee yang bebas kimia dan dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi:
Untuk keguguran rambut:
1.Revitalizing Shampoo
2.Lightweight Conditioner
3.Nourishing Scalp Treatment 
(note : set ni boleh digunakan secara harian)

Untuk rambut berkelemumur, gugur, bercabang, rosak dan berminyak:
1.Purifying Shampoo
2.Replenishing Conditioner
3.Nourishing Scalp Treatment
(note : set ni utk kegunaan 1-2 kali seminggu..bukan harian)

Namun begitu, jika masalah masih berpanjangan walaupun sudah mencuba pelbagai jenis cara, anda digalakkan berjumpa pakar rambut untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Sebaik-baiknya cegahlah masalah ini secepat mungkin kerana anda cenderung menjadi botak jika ianya tidak dikawal.

Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms saya Pn Masliza (0137723220) 

0 comments :

Post a Comment

 

Blog Baby Studio | Tips Kesihatan dan Keibubapaan | Produk Kanak-kanak Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting