Tuesday, 5 November 2013

OBESITI PENCETUS PELBAGAI PENYAKIT?

Posted by Unknown at 02:02

Adakah saya gemuk?

Ketahuilah Indeks Jisim Badan (IJB) anda. Anda gemuk (obes) sekiranya IJB anda ≥ 27.5. 

Apakah itu Indek Jisim Badan (IJB)?

Indeks Jisim Badan (IJB) adalah ukuran untuk menilai berat badan seimbang dengan ketinggian.

Mengapakah saya harus mengetahui dan mengawasi IJB saya?
Faktor utama yang mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat adalah berat badan. Pada amnya seseorang yang gemuk adalah kurang sihat. Seseorang yang pra-gemuk dan gemuk lebih cenderung kepada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit "osteoarthritis". Kegemukan juga boleh menyebabkan seseorang itu mendapat kanser.

Kegemukan juga memberi gangguan kepada pergerakan, kegiatan fizikal dan fungsi sistem tubuh badan.

Kajian Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati 16.6% orang dewasa mengalami pra-obes dan 4.4% lagi mengalami kegemukan. Dianggarkan 3 juta rakyat Malaysia dewasa mengalami pra-obes atau kegemukan.

Apakah berat badan yang unggul?

Kiraan IJB diantara 18.5 - 23 adalah dikira sebagai berat badan unggul. Sebagai contoh sekiranya ketinggian anda 1.5 meter, berat badan 50 kg, IJB anda adalah 50/(1.5 x 1.5) iaitu 22.2.

Bagaimana saya boleh mencapai berat badan yang unggul?

Sekiranya anda lebih berat badan, anda perlu membuat tindakan yang tegas untuk mengurangkan berat badan.
• Rujuk kepada doktor, pegawai pemakanan dan pakar pemakanan.
• Capai matlamat untuk mengurangkan berat badan secara beransur-ansur. Jangan kurangkan berat badan dengan menyekat pengambilan makanan secara mendadak tetapi pilihlah makanan yang berkhasiat atau pengambilan vitamins atau supplements yang baik.
• Ikut garis panduan pemakanan yang disyorkan.
• Kurangkan pengambilan kalori dan ubahsuai pemakanan anda.
• Bersenam dengan kerap sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, selama 20 minit setiap kali.

Pentingnya untuk kita mengekalkan berat badan yang unggul tanpa obesity. Berat badan yang unggul dapat mengelakkan kita dari menghidapi pelbagai penyakit yang berkaitan dengan obesiti ini. Amalkan cara hidup sihat dengan makan secara sihat dan sentiasa aktif setiap hari. Pilihan berada di tangan ANDA??

Jika anda mempunyai pertanyaan dan perlukan KONSULTAN PERCUMA berkenaan supplements dan vitamins, boleh berhubung dengan saya di 0137723220 (Pn Masliza)

0 comments :

Post a Comment

 

Blog Baby Studio | Tips Kesihatan dan Keibubapaan | Produk Kanak-kanak Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting