Tuesday, 5 November 2013
Imunisasi Tambahan
Demam Kepialu (Tifiod)
~ Demam ini disebabkan oleh bakteria salmonella typhosa dan merebak melalui makanan dan minuman yang telah dicemari tinja. Pesakit demam tifoid akan mengalami cirit-birit, pendarahan usus dan muntah-muntah.
Cacar Air
~ Cacar air juga dikenali sebagai cengkering dan dikenal pasti dengan wujudnya ruam berair yang tumbuh di seluruh badan. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus varicella-zoster dan boleh mengakibatkan mata menjadi buta dalam kes yang parah.
Hepatitis A
~ Hepatitis A membiak melalui makanan atau minuman yang telah tercemar! Virus hepatitis A (HAV) boleh mencetuskan jangkitan yang lebih teruk lagi seperti kerosakan pada bahagian hati. Kebanyakan pesakit hepatitis A langsung tidak menunjukkan simptom dan hanya sakit ringan.
Meningococcal Meningitis
~ Penyakit meningococcal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria neisseria dan membawa kadar kematian yang tinggi jika tidak dirawat. Meningitis dan Meningococcemia adalah punca utama penyakit, kematian, dan hilang upaya di negara maju kerana ia mudah disebarkan di tempat awam. Ini adalah sebab utama bayi baru lahir tidak digalakkan berada di tempat awam dengan kerap.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)




0 comments :
Post a Comment