Soalan:
# Adakah vaksin penyakit Pneumococcal amat penting untuk bayi?
Anak saya kini berusia 12 bulan dan tidak diberi vaksin pneumococcal apabila baru lahir. Kini, doktor bayi menyarankan kakak saya untuk menyuntik vaksin ini untuk bayinya dan saya ingin tahu adakah vaksin ini penting.
Jawapan Pakar:
# Bakteria Pneumococcus boleh menyebabkan pneumonia
(jangkitan paru-paru) dan meningitis (jangkitan otak) di kalangan kanak-kanak . Malah, ia juga boleh mengakibatkan penyakit otitis media (jangkitan telinga) dan septicaemia (jangkitan darah). Penyakit ini mudah dijangkiti oleh kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah dan orang tua berusia 65 tahun ke atas. Setiap tahun, pneumococcus menyebabkan sebanyak 15 juta kes serius, di mana 1 juta daripada kematian berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah 5 tahun. Jangkitan pneumicoccus boleh terjadi dalam waktu yang singkat dan boleh menyebabkan kematian.
# Kini, terdapat vaksin yang dikenali sebagai vaksin pneumococcal conjugate yang boleh mencegah jangkitan bakteria ini. Ia boleh diambil oleh bayi yang berusia 2 hingga 9 bulan. Untuk bayi, tiga dos utama diperlukan dan selepas satu tahun, dos tambahan diperlukan. Ramai doktor berpendapat, dos yang diberikan adalah untuk perlindungan seumur hidup. Kini, lebih 80 negara termasuk USA, UK, Australia dan Singapura meletakkan vaksin ini di dalam program imunisasi.
#babystudio
Tuesday, 29 October 2013
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment