Alhamdulillah bersyukur atas rahmatMu ya Allah, saya pn masliza, dimana disini saya mempunyai kepakaran didalam membantu menyelesaikan masalah bagi peniaga-peniaga yang tidak tahu mendapatkan bekalan secara borong dan murah yang dihadapi oleh kebanyakan peniaga bumiputera dan surirumah yang ingin menaikkan taraf hidup mereka dengan kaedah yang tanpa memerlukan modal yang banyak yang mana dikenali sebagai dropship atau wholesale.
Bermula disini, saya ingin berkongsi kisah hidup saya kenapa saya berubah menjadi diri saya yang sekarang..hari ini saya teramat bersyukur..syukur Alhamdulillah yang tak terhingga kerana saya sekarang telah berjaya memiliki sebuah kedai barangan dan kelengkapan bayi serta kanak-kanak dan juga kelengkapan ibu mengandung dan menyusukan anak disamping pada masa yang sama saya juga adalah seorang Pegawai Farmasi yang mana berkhidmat di salah satu institusi kerajaan di johor. Alhamdulillah syukur tak terhingga..terima kasih ya Allah atas pemberianMu ini....
saya tak sangka saya adalah diri saya yang sekarang..dahulu, saya cuma adalah salah seorang anak daripada keluarga yang susah, yang mana sering orang pandang rendah, pandang sinis kerana apa?cuma kerana saya dan keluarga tidak berharta macam datuk-datuk,datin-datin, tidak mempunyai kereta besar...masalahnya nak kata kereta besar macam mana, kalau kereta kecil dan buruk pun kami tiada..apakan lagi rumah yang selesa. Kami memang susah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. tetapi tidak mengapa, saya niatkan dalam diri untuk belajar bersungguh2 dan mengubah nasib keluarga saya. "Mak saya pernah cakap bila dapat masuk universiti, dan keluar nanti mesti senang dapat kerja, bila dah ada kerja, dapat gaji besar, boleh hidup senang, tidak lah jadi macam mak abah ni"..ok fine saya usaha dan usaha hinggalah Alhamdulillah saya tercalon untuk melanjutkan perlajaran saya ke peringkat matrikulasi dalam bidang sains hayat. Cikgu sekolah menengah saya penah pesan, masih ingat lagi diingatan saya "Masliza peluang ini gunakan sebaiknya untuk ubah nasib keluarga, dengan menjadi orang berjaya" ringkas tapi penuh makna yang mendalam....katanya...sebab kejayaan sahaja mampu mengubah hidup kita...Almaklumlah saya agak dikenali oleh cikgu pada masa itu kerana kelebihan disetiap result peperiksaan...tapi bukan itu sahaja...saya juga terkenal dengan seorang pelajar yang mana lambat untuk selesaikan yuran disetiap peperiksaan yang ada....ok tidak mengapa, kita sambung seterusnya setelah saya masuk ke matrikulasi.
disana betapa peritnya saya belajar hanya Allah yang tahu...susah senangnya saya disana hanya Allah sahaja yang tahu..bukan kerana setakat susah dari segi pembelajaran tapi juga susah untuk teruskan pembelajaran dengan kekanggan kewangan. mujurla saya disana diberikan biasiswa sebanyak rm1000 satu sem. duit itula yang saya gunakan untuk makan, pakaian apa yang ada, buku-buku rujukan dan sebagainya. tetapi saya memang suka akan buku-bu ilmiah ini...saya sanggup beli buku-buku yang tersebut dan bakinya disimpan sedikit untuk saya teruskan pembelajaran. saya tak nak mengharapkan kedua ibu bapa saya, bukan apa, walaupun saya dibawah tanggungjawab mereka, tapi saya memang tak nak menyusahkan mereka. saya kesian akan mereka yang setiap hari bekerja keras demi membesarkan anak-anak mereka..
tapi kekadang saya memang dan terpaksa memerlukan bantuan dari mereka juga...masih segar dalam ingatan saya lagi, bila saya melihat didalam beg duit saya, tiada satu sen pun duit yang tinggal untuk makan, saya mencari dan menyelongkar semua kaci,almari, beg,dan sebagainya...dengan harapan manalah tau ada lebihan duit yang tersimpan yang boleh digunakan untuk mengalas perut. Alhamdulillah saya terjumpa wang bernilai RM2..dan pada waktu itu saya berkata.."macam mana ni, duit dah tak ada dan saya memang perlukannya... nak telefon mak ayah, handphone dah tak ada kredi t(handpone pertama yang saya beli 3310 nokia atas duit gaji kilang yang saya perolehi sebelum menjejaki kaki ke matrikulasi), jadi apa yang saya boleh buat saya, saya gunakan duit tersebut untuk telefon mak saya yang berada dikampung meminta sedikit wang untuk keperluan makan dan minum. Kelu rasa lidah untuk meminta wang daripada mereka....semasa ditalian, mak saya berkata.."sabar ye akak, besok lepas mak balik keje memasak kat kedai makan tu, mak akan masukkan duit pada akak"..yang mana pada masa itu, setahu saya gaji mak saya hanya sedikit sahaja..lebih kurang dalam rm20..mak saya pesan, "kakak...jimat-jimat ye nak dalam seminggu dua ini"..sedih dan pilu hati mendengar suara tersebut...saya berasa bersalah kerana duit tersebut mungkin diperlukan oleh mak ayah saya dan adik-adik...makan ke mereka nanti??..Allah sahaja yang tahu.....menitis air mata melihat kasih sayang dan keikhlasan seorang hati ibu memberikan wang tersebut padahal mungkin mereka sangat memerlukannya...tapi apakan daya...saya juga harus berjuang menuntut ilmu. Ayah saya adalah seorang buruh tukang, kerjanya ikut masa,tengoklah kalau ada orang yang menyuruh membuat rumah dapatlah sedikit rezeki untuk keluarga..kalau tidak, dia akan mencari rezeki lain dengan cara apa pun bagi menampung kedua abang saya yang belajar di IPTA dan politeknik....justeru itu....saya bertekad lagi..saya berkata didalam diri "aku perlu berjaya......aku perlu berjaya....dan aku perlu berjaya"........dan kenapa saya perlu berjaya??kerana saya hendak merubah nasib dan hidup keluarga saya....saya perlu ubah tanggapan negatif orang pada keluarga saya....dan yang paling penting sekali..saya perlu membalas jasa kedua ibu bapa saya....ternyata itu yang paling utama!!
Alhamdulillah syukur Alhamdulillah saya keluar dari matrikulasi dengan pointer yang tinggi dan cemerlang dan mendapat tawaran ke universiti dalam bidang Sarjana Muda Farmasi di Uitm Shah Alam, dimana pada waktu itu, saya kurang jelas akan kerjaya ini dan hanya berfikir ok tidak mengapa, asal saya tahu bila keluar universiti nanti, gaji yang ditawarkan adalah besar dan saya mampu ubah nasib keluarga saya!!....syukur Alhamdulillah...amin...saya terima tawaran tersebut.
Saya mula melangkah ke sana, dan, dan, dan,......saya ingat lagi bagaimana payahnya mak ayah saya menghantar saya ke sana, ke Universiti Teknologi Mara Shah Alam dengan berbekalkan wang pinjaman pendahuluan oleh PTPTN sebanyak RM1500 untuk pembayaran yuran, dan sedikit bekalan persiapan kesana. Disana, kami sampai lebih kurang pukul 1 pagi dan kami tidak mempunyai duit untuk menginap di hotel-hotel yang murah...apakan lagi yang mahal, ...langsung tidak terjangkau oleh kami. Kami hanya mampu tidur didalam kereta dan saya bersama mak saya tido dengan berbentangkan tikar diatas tar jalan raya bersebelahan kereta untuk melelapkan mata sekejap sebelum tiba waktu subuh....ohh....itu tidak mengapa pada saya....kerana apa?? kerana tekad saya, dan niat saya untuk berubah..
dan pada masa zaman saya menjadi mahasiswi...seperti biasa saya memang diantara "scor student"....sebab apa??sebab saya perlu berjaya....perlu mengubah hidup keluarga saya...sebab itu saya perlu pastikan saya menjadi best student dan keluar dengan kejayaan yang sebenar. Pada masa tersebut, saya tahu bidang ini mampu memberi saya peluang pekerjaan yang baik dengan gaji yang besar....betul?betul?betul?....ye memang betul...saya berjaya graduate dengan cemerlang dimana disana saya ditaja sepenuhnya oleh JPA. sekali lagi Alhamdulillah.....syukur padaMU ya Allah..
Sekarang saya telah bergelar sebagai seorang Pegawai Farmasi...dan gaji pertama saya, saya berikan RM1000 kepada kedua ibu ayah saya. itu memang niat saya, supaya gaji saya dirasai dulu oleh kedua orang tua saya dan diberkati....saya teramat menyayangi mereka...percayalah...kerana tanpa mereka,siapa saya sekarang dan hari ini...jasa mereka tidak akan terbalas.....dan Alhamdulillah setelah beberapa bulan bekerja, saya mampu membelikan sebuah rumah berharga RM200+++k tapi dengan berhutang la (sebab bukannya kaya sangat untuk beli secara cash!!) dan saya hadiahkan kepada mereka. Pada ketika itu, ketika saya serahkan kunci rumah tersebut....alangkah bahagianya saya melihat wajah senyuman di muka mereka....Alhamdulillah Ya Allah....saya bahagia sebab saya mampu memberikan sesuatu kepada mereka...tapi masih terbalaskah jasa mereka??sememangnya tidak dan selamanya tidak.jangka mereka tidak ternilai sahabat2.
Setahun kemudian saya mendirikan masjid bersama suami tercinta Mohd Shah Idlan dan ALhamdulillah sekarang mempunyai seorang anak yang cukup-cukup comel. Alhamdulillah.....saya bahagia sangat....terima kasih sekali lagi ya Allah...
Tapi saya masih tidak berpuas hati dengan keadaan kewangan sekarang.....kenapa??banyak sebabnya....saya terfikir, dengan gaji sebnyak itu, bila saya boleh membawa kedua orang tua saya, saya, dan suami untuk menunaikan haji, untuk menjadi tetamuNYA??banyak tu duit yang diperlukan kesana....bila saya mampu buat?? termampukah saya?? dengan duit yang ada sekarang pun, setelah ditolak bayaran rumah, kereta, pinjaman, tanggungan kedua adik saya yang belajar di politeknik......mampukah saya mengerjakan haji? membawa mak ayah saya mengerjakan haji?? memberi derma dan sumbangan kepada masjid, anak-anak yatim dan pelbagai ibadah lain yang saya fikir hanya orang kaya dan berduit mampu membuatnya........duit itu bukan segalanya.....tapi duit juga adalah segalanya., jika niat kita betul kerana Allah...kerana pada saya jalam kesyurga itu adalah banyak....banyak pilihan yang boleh dibuat....salah satunya dengan berduit dan berharta...dapatla saya beribadah kepadaNYA.. kerana Allah berfirman orang iman yang kaya dan kuat lebih disukaiNYa berbanding dengan orang islam yang miskin dan lemah.....saya bertekad lagi untuk jadi KAYA!! kaya untuk beribadah, kaya untuk mengejar syurgaNYA....yeah....thats right..thats things yang saya cari....
Idea untuk berniaga ini secara tiba2 datang kerana Rasulullah s.a.w. bersabda "90% keuntungan adalah diperolehi dengan berniaga" sedangkan Rasullullah juga seorang peniaga dan pendakwah...
Sebenarnya apabila saya mula ditugaskan sebagai Pegawai Farmasi yang mengawal pembelian perolehan ubat-ubatan, disitu saya mula berjumpa dengan ramai salesmen & bisnessman/bisnesswomen....yang mana ermm kebanyakannya adalah bangsa lain....bukan bangsa Melayu bumiputera....dan yang paling penting bukan seagama saya...alangkah sedihnya saya...ok saya noted..saya rasa saya perlu ubah keadaan ini.....untuk ubah keadaan ini bukan senang....sebabnya saya perlu merubah diri saya dahulu....dan pada suatu hari dengan izin Allah, idea berniaga itu datang.....minat itu datang dari perasaan yang tidak disangka2 dimana berlaku ketika saya membeli belah di sebuah kedai Ah Chong (bukan nama sebenar) untuk membeli barangan keperluan bayi saya yang mana sebelum ini saya memang tahu diri saya memang tersangat minat membeli barangan dan kelengkapan bayi serta pakaian2 bayi lebih-lebih lagi bayi saya perempuan...disitu banyak lah duit saya terbang setiap bulan kepada kedai Ah Chong ini. Kedai tersebut memang maju bangat...ialah bukan setakat sumbangan daripada saya seorang.....TETAPI....daripada kebanyakan pelanggan yang berbangsa melayu bumiputera dan beragama Islam....huhuhuuuuu...."ini adalah masalah"..."ini adalah masalah"....kata wonderpet ;)....tapi......why?why?why? perkara ini berlaku?....saya berfikir, kenapa bukan kita yang berada ditempat Ah Chong?menjadi pembekal kepada barangan yang sangat dan berterusan diperlukan oleh ibu-ibu, bayi-bayi dan anak-anak?
Disini saya faham, dan saya nekad membuka kedai bayi dan kanak-kanak....bukan apa...bukan hanya untuk membantu diri saya tetapi juga untuk membantu diri anak-anak melayu diluar sana dan yang paling penting sekali diri anak-anak Islam seagama saya yang berada diluar sana untuk mempunyai bisnes, untuk kukuh dari segi kewangan dan segalanya dan bukan hanya menjadi pengguna tegar semata-mata. Saya hennak melihat mereka berjaya, dapat menguasai pasaran dan mereka mampu menjadi jutawan yang mana dengan duit tersebut semestinya mereka mampu menjadi umat Islam yang cemerlang dan gemilang dimana jua mereka berada....dan itu adalah impian saya.....impian ingin melihat agama, bangsa melayu dan bumiputera yang membangun dan maju....InsyaAllah....moga impian murni saya ini terlaksana...ami...amin..ya rabballalamin...
Pesanan saya kepada rakan-rakan seagama saya,sebangsa saya:
"bukan mudah dan bukan sedikit cabaran untuk kita berniaga dan merubah cara hidup....sebab itu untuk jadi kuat dan berjaya kita perlu untuk tahu....kita perlu berusaha gigih mencari untuk tahu....banyak cabaran yang saya hadapi sebelum kedai pakaian dan kelengkapan bayi saya yang diberi nama "Baby Studio" dibuka dan bisnes saya bergerak".....bukan mudah sahabat2....
tapi kena ingat!!
bukan susah untuk berniaga juga......dan bukan susah untuk berjaya?? ada sistemnya.....ada caranya.......dimana sistem dan cara inilah yang saya tiada dahulu....dan saya jahil dalam mencarinya sehingga datang rintangan dan halangan terhadap impian saya ini...saya tidak tahu....dan yang paling jahil..saya tak nak ambil tahu...kesian pada diri sendiri..pesan saya carilah ilmu kerana ilmu itu menyuluh dalam kegelapan sahabat2..
dan InsyaAllah saya akan berkongsi lagi cabaran dan halangan yang saya hadapi sebelum kedai dan bisnes saya bermula pada kesempatan yang lain pula. Untuk itu...dimana jua kita berada,pastikan ilmu teman kita sahabat2 sekelian..InsyaAllah ;)
yang menyayangi kamu semua....~masliza~




0 comments :
Post a Comment