Kesan Sampingan Cegah Hamil
Saya mempunyai seorang anak berusia tujuh bulan. Selepas
melahirkan anak pertama, saya mengambil suntikan perancang iaitu suntikan Depo
Provera. Saya baru mengambil suntikan itu dua kali iaitu pada November 2012 dan
Januari 2013.
Masalahnya,
sejak awal Januari lalu sehingga kini, haid saya masih tidak kering sehinggakan
setiap masa saya perlu memakai tuala wanita.
Namun kuantiti darah haid yang keluar hanya sedikit. Saya
dijadualkan untuk menerima suntikan ketiga pada 9 Mac lalu, tetapi tidak
berbuat demikian kerana khuatir masalah haid saya berkaitan dengan suntikan
terbabit.
Adakah masalah ini berkaitan dengan suntikan atau ada masalah lain? Bantulah saya kerana saya tidak dapat menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba Allah dan seorang isteri.
Adakah masalah ini berkaitan dengan suntikan atau ada masalah lain? Bantulah saya kerana saya tidak dapat menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba Allah dan seorang isteri.
Kartini,
Pusat Darah Negara, Kuala
Lumpur.
Sebelum menggunakan sesuatu kaedah pencegah kehamilan, anda sepatutnya menjalani pemeriksaan doktor.
Pada masa sama, doktor akan menerangkan kebaikan serta kesan sampingan setiap kaedah yang terdapat di situ. Penting untuk seseorang mengetahui kesan sampingan sesuatu kaedah supaya dia tidak cemas apabila mengalaminya.
Selain itu, sekiranya dia tidak sanggup menerima kesan sampingan itu, bolehlah dia memilih kaedah lain dari awal.
Kaedah suntikan pencegah kehamilan adalah kaedah yang sangat berkesan.
Namun ia boleh menyebabkan gangguan haid seperti yang anda alami. Namun sebaliknya, selepas setahun penggunaannya, ramai pengguna yang mengalami ketiadaan haid pula. Ini tidak membahayakan dan tidak perlu dibimbangkan, asalkan anda sudah menjalani pemeriksaan doktor.
Sekiranya anda lebih gemarkan ketiadaan haid berbanding masalah haid anda sekarang, anda perlu bersabar sehingga penghujung setahun penggunaannya.
Sebelum menggunakan sesuatu kaedah pencegah kehamilan, anda sepatutnya menjalani pemeriksaan doktor.
Pada masa sama, doktor akan menerangkan kebaikan serta kesan sampingan setiap kaedah yang terdapat di situ. Penting untuk seseorang mengetahui kesan sampingan sesuatu kaedah supaya dia tidak cemas apabila mengalaminya.
Selain itu, sekiranya dia tidak sanggup menerima kesan sampingan itu, bolehlah dia memilih kaedah lain dari awal.
Kaedah suntikan pencegah kehamilan adalah kaedah yang sangat berkesan.
Namun ia boleh menyebabkan gangguan haid seperti yang anda alami. Namun sebaliknya, selepas setahun penggunaannya, ramai pengguna yang mengalami ketiadaan haid pula. Ini tidak membahayakan dan tidak perlu dibimbangkan, asalkan anda sudah menjalani pemeriksaan doktor.
Sekiranya anda lebih gemarkan ketiadaan haid berbanding masalah haid anda sekarang, anda perlu bersabar sehingga penghujung setahun penggunaannya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/14 Harian
Metro
Berikut adalah kenyataan daripada salah seorang pesakit. Oleh sebab itu, seseorang itu perlulah berbincang terlebih dahulu dengan seseorang yang pakar dan perlu ada pengetahuan sebelum membuat sesuatu keputusan.
Disini ada sedikit ilmu tentang suntikan perancang keluarga yang perlu anda TAHU:
KAEDAH MENCEGAH KEHAMILAN SUNTIKAN- DEPO PROVERA
Apakah Suntikan Depo Provera?
- Depo- provera adalah suntikan yang mengandungi hormone progesterone sintetik yang dipanggil depo-medroxyprogesterone acetate (DMPA). Suntikan Depo provera adalah satu kaedah mencegah kehamilan yang membantu mengawal ovari yang hanya diperolehi melalui preskripsi dari doktor anda.
Bagaimana Suntikan Depo-provera berfungsi?
- Suntikan Depo-provera menghalang ovari daripada membebaskan telur, yang juga dikenali sebagai ovulasi.
- Menyebabkan serviks menghasilkan mukus yang kurang dan tebal supaya sperma tidak boleh memasuki rahim dengan mudah.
- Menyebabkan lapisan rahim menjadi nipis supaya telur disenyawakan lebih sukar menempel di dalam dinding rahim.
Bagaimana anda menggunakan suntikan Depo-provera?
- Depo-provera adalah preskripsi diperolehi daripada doktor anda dan suntikan akan diberi setiap 3 bulan. Doktor anda akan menyuntik hormon sintetik di lengan atau dipunggung. Suntikan pertama diberikan dalam tempoh lima hari pertama pendarahan haid anda. Suntikan yang berulang akan diberi 3 bulan dari suntikan yang sebelumnya.
Bagaimanakah keberkesanan Suntikan Depo-provera?
- Depo-provera mempunyai kadar kegagalan kurang daripada 1% apabila ia digunakan dengan cara yang betul dan konsisten.
Apakah kesan sampingan atau risiko kesihatan penggunaan suntikan Depo-provera?
- Pendarahan kitaran haid yang tidak teratur adalah kesan sampingan yang paling biasa. Sesetengah wanita mengalami pendarahan bertompok-tompok, sesetengah wanita pula mengalami pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Akan tetapi, untuk kebanyakan wanita pendarahan kitaran haid selalunya menjadi lebih sedikit atau mungkin berhenti selepas setahun tempoh penggunaan.
- Depo-provera mempunyai kesan sampingan yang serupa dengan penggunaan hormon kontraseptif yang lain seperti:
- sakit kepala
- pening
- loya
- sakit dan tegang pada payudara
- keletihan
- kenaikan berat badan
- perubahan selera makan.
- Kesan sampingan yang lain termasuk: jerawat, muram, sakit belakang, perut kembung, kaki kejang, kehilangan rambut atau pertumbuhan rambut yang berlebihan atau kehilangan nafsu seks.
- Anda tidak seharusnya menggunakan suntikan jika anda berasa anda hamil. Jumpalah doktor dan farmasi anda dan mengambil nasihat tentang penggunaan Depo-provera dalam tempoh penyusuan.
Adakah penggunaan suntikan Depo-provera membolehkan kehamilan semula jika tidak digunakan?
Ya. walaubagaimanapun ianya mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum kitaran haid anda kembali normal. Untuk kebanyakan wanita, ovulasi biasanya kembali dalam masa 3-6 bulan, tetapi terdapat sesetengah wanita tidak mempunyai kitaran haid sebanyak 12-18 bulan selepas menghentikan suntikan.
Bilakah suntikan ini mula berkesan?
- jika suntikan diberi di antara hari pertama dan terakhir pendarahan haid anda, perlindungan terhadap kehamilan bermula serta merta.
Bagaimana jika anda terlepas suntikan?
- jika anda terlepas suntikan, anda perlu menggunakan kaedah mencegah kehamilan yang lain sehingga anda mendapat suntikan yang sterusnya.
Apakah kebaikan dan kekurangan penggunaan suntikan Depo-provera?
Kebaikan penggunaan Depo-provera termasuk:
- Ia amat berkesan apabila digunakan dengan betul.
- Anda tidak perlu ingat untuk mengambil pil setiap hari.
- Ia tidak menganggu semasa melakukan hubungan kelamin.
- Pendarahan kitaran haid dalam tempoh yang pendek, kurang dan mungkin tiada pendarahan selepas setahun.
- Mencegah pertumbuhan fibroid pada rahim dan mungkin mempunyai kesan perlindungan terhadap kanser endometrium dan ovari.
- Tidak mengandungi estrogen yang boleh meningkatkan risiko masalah jantung.
- Tidak melindungi terhadap jangkitan penyakit kelamin.
- Mungkin mengalami penangguhan yang lebih lama untuk mhamil semula selepas suntikan dihentikan.
- Memerlukan lawatan preskripsi dari doktor anda.
- Pendarahan kitaran haid yang tidak teratur termasuk wanita mungkin mengalami pendarahan dalam tempoh yang lebih panjang.
Moga dengan sedikit penerangan ini dapat memberi ilmu dan dapat dimanfaatkan oleh semua.
~masliza~
1 comments :
I selepas suntik depovera pada bulan 20 Apr... bulan yang ketiga tiada keluar haid tetapi date yang doctor bagi 20 June
Tapi sekarang i rasa semacam mual pening letih sakit belakang kaki kebas...kenapa ye
Post a Comment