Friday, 20 June 2014

Saya Suka Set Pencuci Muka Nutriwhite

Posted by Unknown at 11:00 0 comments

Manjakan kulit anda dengan ramuan yang lembut, semulajadi dan bersih.


Mungkin ramai yang belum tahu Shaklee juga ada mengeluarkan skin care set. Beberapa hari lepas saya ditanya tentang set penjagaan kulit shaklee dari segi luaran. Shaklee Memang ada menyediakan Set D untuk penjagaan kulit dari segi dalaman, namun untuk mereka yang ingin menjaga dari segi luaran pula boleh menggunakan set Nutriwhite.


Rangkaian kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep 'flawless beauty sourced from nature, perfected by science' yang bermakna kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set Nutriwhite yg lengkap mengandungi make up remover, foaming cleanser, softener (toner), daily essence, spot treatment, lotion with spf 15, overnight cream.

Mari kita baca perincian set Nutriwhite ini di bawah:


Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15-

Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran


Overnight Renewal Whitening Cream-
Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri


Gentle Deep Foaming Cleanser-
Membersihkan dan menyegarkan kulit
Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
Lembut dan menyegarkan


Soothing Radiance Whitening Softener-
Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
Kudzu menegangkan dan mencerahkan
Marshmallow melembapkan




Gentle Action Makeup Remover-
Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri
Daily Defense Whitening Essence
Diformulasi dgn:
Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok2hitam
Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan dari matahari
Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit, mengembalikan seri wajah

Spot Whitening Treatment-
Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit

Cats Claw menegangkan kulit

Vitamin C aktif membawa kecerahan untuk kulit dan lebih halus
kredit:mamafaiz.com

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Masliza
♥ sms/whatsApp: 0137723220
https://www.facebook.com/sudioofvitamins

Wednesday, 4 June 2014

Cara Makan Vitamin Shaklee Paling Berkesan.

Posted by Unknown at 21:59 0 comments

Cara Makan Vitamin Shaklee



Sebelum nak cerita cara makan vitamin shaklee, perlu di ketahui susunan produk Shaklee mengikut kepentingannya.
1.Esp- sekiranya hanya ada satu pilihan suplimen sahaja, bermulalah dengan Shaklee ESP. ESP berperanan membaik pulih sel-sel secara keseluruhan. Sel adalah ibarat batu bata bagi sebuah bangunan. Kukuh batu bata maka kukuhlah bangunan itu.
2.Vitalea – ibarat makan makanan seimbang dan dapat memenuhi keperluan setiap sel dari hujung rambut sampai hujung kaki.
(Nota: Dengan mengamalkan 2 produk di atas, lnsyallah 50% pembaikan telah berlaku)
ESP
Mulakan hari kita dengan segelas ESP (protein). Bancuh 1 sudu besar penuh ESP dengan 3/4 gelas air sejuk atau air suam, kacau rata dan diminum segera.
Boleh juga dicampur dengan susu atau jus kegemaran anda, ikut citarasa masing-masing.
Sekiranya mengambil collagen boleh dicampurkan bersama esp, rasanya menjadi lebih lemak/ sedap.
Cara Makan Vitamin Shaklee
Lecithin & Omega, Alfalfa  & Zinc – vitamin sebelum makan

Lecithin pemecah lemak dan Omega pemecah kolesterol sebaiknya dimakan 15 minit sebelum makan tengahari dan makan malam supaya telah bersedia untuk mengurai lemak dan kolesterol yang terdapat di dalam makanan.
Alfafa disamping mengandungi banyak mineral dan fitonutriens, merupakan sumber serat yang tinggi. Peranan serat apabila diambil bersama air yang mencukupi akan menjadi seperti jala yang memerangkap segala benda asing di dalam darah seperti lemak, kolesterol, gula, toxic, logam berat dsb, dalam perjalanannya dari mulut ke usus besar.
Pembuangan air besar akan menjadi lawas apabila cukup fiber dengan syarat minum air yang mencukupi. alfalfa juga baik untuk masalah angin dalam badan dan gastrk dan alergik.
* Sebelum Makan Tengahari dan Malam – Sukatan 3 kapsul lecithin + 1 capsul omega + 5 alfalfa.
Tapi kalau terlupa dan sebagainya, ambil sahaja selepas makan bersama vitamin-vitamin yang lain. Tidak memudaratkan cuma antara baik dan lebih baik.
Zinc Complex
Zinc disarankan diambil semasa perut kosong (iaitu 1 jam – 30 minit sebelum makan),  kerana dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain.
Roti dan bijirin mengandungi phytates yang mengikat dirinya dengan zinc sekaligus akan mengganggu penyerapan.
 Cara Makan Vitamin Shaklee
Selain Lecithin, Omega, Alfalfa dan Zinc, semua vitamin di cadangkan diambil selepas makan.
Walaubagaimanapun sebaiknya tidak mengambil semua vitamin serentak tetapi mengagih-agihkannya diantara selepas beberapa waktu makan seperti lepas sarapan pagi, lepas lunch, lepas minum petang dan lepas makan malam, untuk penyerapan yang terbaik dan perlindungan berterusan sepanjang hari.
Sebagai Contoh:
* Selepas minum pagi – 1 Vita lea + Vit C atau
* Selepas makan tengahari  – 1 vita lea, Vita C
* Selepas makan malam – 2 osteomatrix, 1 B-complex, vita E.

 Cara Makan Vitamin Shaklee- Elakkan:
1 Elakkan mengambil Vita Lea dan Osteomatrix serentak. kerana iron di dalam Vita Lea boleh mengganggu penyerapan Calcium di dalam Osteomatrix.
2 Jangan gunakan air panas untuk membancuh ESP sebab akan merosakkan kandungan protin.
3 Elakkan mengambil vitamin bersama nescafe dan tea, minuman mengandungi kafein, sekurang-kurangnya bagi jarak masa 30 minit antara keduanya, mengelak ganguan penyerapan vitamin.
Cara Makan Vitamin Shaklee dan Ubat-ubatan.
Bagi individu yang sudah berpenyakit dan sedang memakan ubat-ubatan perubatan, juga jarakkan antara pengambilan vitamin dan ubat-ubatan dalam tempoh 30 minit.
Jangan sekali-kali berhenti mengambil ubat-ubatan apabila anda mula mengambil suplimen, kecuali apabila doktor telah mengesahkan anda semakin pulih dan pengurangan ubat adalah atas arahan doktor anda, kerana mendapati anda semakin sihat.
Berminat menjadi ahli?? bolehlah memberikan butiran anda seperti Nama, KP, Alamat dan Hp no, ke pemilik blog di bawah seperti di bawah. Terima Kasih.

” Have A Nice Day “
Sebarang pertanyaan dan pembelian sila call/sms/whatsapp 013 7723220 (Masliza)
sila Like fb page https://www.facebook.com/sudioofvitamins

Sunday, 18 May 2014

Dr. Malinda: PERIA KATAK

Posted by Unknown at 14:44 0 comments
Dr. Malinda: PERIA KATAK: PERNAH DENGAR TENTANG OKINAWAN? | Salah satu thesis master saya adalah tentang Okinawa. Mereka ini adalah populasi manusia yang hidup paling...

Kebaikan Mealshake Shaklee

Posted by Unknown at 14:32 0 comments

Mealshake bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah seisi keluarga. Macam-macam kebaikan Mealshake ini. Ia sesuai juga untuk ibu yang menyusu, mengandung, mereka yang berdiet,atlit dan macam-macam lagi. Jom baca sekilas fakta tentang Mealshake ni..

6 fakta tentang Mealshake:

1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Antara kebaikan Mealshake ini ialah : 
  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti
sekilas fakta ini jika kita lihat memang sangat bermanfaat bukan sahaja utk anak2 kita, tetapi juga utk seisi keluarga anda, pm me jika berminat 0137723220

Friday, 18 April 2014

Kuasa Pagi: Mengapa Usahawan Berjaya Bangun Di Awal Pagi

Posted by Unknown at 10:19 0 comments
Apabila menjalankan perniagaan, ia mungkin kelihatan seperti waktu sehari tidak pernah mencukupi. Waktu pagi jarang digunakan untuk aktiviti, dan mungkin ini boleh menjadi kunci bagi meningkatkan produktiviti anda.

Selama 15 tahun, Presiden Starbucks Michelle Gaas telah menetapkan jam loceng beliau pada pukul 4.30 pagi untuk aktiviti berjogging. Gretchen Ruben, penulis popular “The Happiness Project” (Harper Perennial, 2011) akan bangun pada pukul 6 pagi dan bekerja selama satu jam sebelum keluarganya bangun dari tidur. Pakar pengurusan masa, Laura Vanderkam telah menekankan kelebihan bangun awal pagi dan bagaimana menggunakan masa pagi ini dengan lebih cekap lagi di dalam buku penulisan beliau “What The Most Successful People Do Before Breakfast” (Portfolio Trade, 2013). Berikut adalah beberapa kelebihan bangun di awal pagi.
Kemungkinan besar anda tidak akan menghadapi gangguan di waktu awal pagi
Seorang usahawan memenuhi masanya dengan cepat. Jika anda menunggu sehingga waktu petang atau malam bagi melakukan sesuatu yang manfaat diri sendiri seperti bersenam atau membaca, anda mungkin tidak akan dapat lakukannya. “Terdapat banyak halangan peribadi yang akan dihadapi dalam lingkungan pukul 4 petang. Waktu yang berkemungkinan kurang gangguan adalah di awal pagi pada pukul 6 pagi.” kata Vanderkam.
Anda mempunyai tekad yang lebih tinggi di awal pagi
Walaupun anda bukan seorang yang suka bangun pagi, anda mungkin akan merasa tekad yang lebih tinggi jika bangun di awal pagi berbanding waktu di sebelah petang. “Tekad anda umpama seperti otot manusia yang akan menjadi letih apabila digunakan secara berlebihan,” kata Vanderkam.
Bangun di awal pagi memberi peluang kepada anda untuk menetapkan tenaga positif bagi hari tersebut
Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anda lupa untuk menetapkan waktu pada jam loceng atau terlupa menyediakan sarapan pagi buat anak-anak? Anda akan dapat rasakan bahawa dengan memulakan aktiviti awal pagi dalam keadaan negatif, ia boleh menjejaskan emosi serta produktiviti kerja sepanjang hari tersebut. Vanderkam memberitahu, dengan bangun di awal pagi, anda berpeluang memulakannya dengan mempunyai perasaan seperti orang berjaya (tenaga positif) dan mempengaruhi aktiviti harian dengan lebih produktif lagi.
Moga bermanfaat, petikan dr guru bisnes saya, DR Azizan Osman!
 

Blog Baby Studio | Tips Kesihatan dan Keibubapaan | Produk Kanak-kanak Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting